saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 06/04/2006

Pameran Manifestasi Jawi pamer 100 bahan artifak


REPLIKA batu nisan Raja Fatimah dan replika (di belakang) batu Salasilah (Kesultanan Melayu) Brunei, koleksi Jabatan Muzium Sarawak.



“KEMATIAN adalah pintu menuju penderitaan dan kubur itu adalah keranda untuk mengalami seksaan”. Kata-kata yang penuh makna ini ditemui pada bahagian penampang tepi sebatang batu nisan milik Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I dari Kesultanan Johor Lama).

Jika batu nisan tersebut berjaya menarik perhatian, begitu juga tarikan yang terdapat pada hampir 100 bahan artifak bersejarah pada Pameran Manifestasi Jawi di Galeri 2, Muzium Negara, Kuala Lumpur yang berakhir semalam.

Pameran anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berlangsung sejak 6 Mac lalu.

Kesemua bahan artifak yang dirakam dalam pelbagai bentuk dan medium itu mampu ‘menceritakan’ kepada pengunjung mengenai tulisan Jawi dan kekuatan tulisan itu dalam menempuh gelombang sejarahnya seawal abad ke 13 hinggalah ke hari ini.

Jika evolusi bahasa dan persuratan di alam Melayu hari ini menampakkan penguasaan tulisan Rumi namun semua itu tidak dapat menafikan mengenai kekuatan tulisan Jawi yang mampu membina ketamadunan Melayu, terutama sebagai bahasa yang begitu tersohor pada masa lampau.

Bagi yang berpeluang menyaksikannya, sudah pasti mereka menyedari masih banyak yang ‘baru’ mengenai Jawi yang boleh dipelajari untuk mengubah perspektif diri dan melakukan respons terhadap tulisan itu.

Namun pengucapan penting dari pameran tersebut mengenai tulisan Jawi yang berasal daripada tulisan Arab itu memberikan makna yang jelas ia mempunyai kaitan rapat dengan agama yang menjadi anutan rasmi di negara ini, iaitu Islam.

Implikasi

Malah sesetengah menganggap tulisan Jawi meniupkan lagi roh, semangat dan spiritual Islam itu sendiri terhadap umatnya. Maka tentunya ada implikasi tertentu terhadap penghayatan agama itu andai tulisan ini dikesampingkan.

Setiausaha Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Profesor Madya Dr. Dzulhaimi Md. Zain dari Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) berkata, evolusi yang dicapai daripada tulisan Arab tidak sahaja dilihat pada tulisan Jawi yang diamalkan di alam Melayu.

“Bahasa Parsi di Iran misalnya memperlihatkan tulisannya yang berasal dari Arab atau lebih tepat berbentuk Jawi. Begitu juga bahasa Urdu yang diguna pakai dengan begitu meluas di Pakistan dan India juga berbentuk Jawi.

“Manakala Bahasa Urgur di beberapa wilayah utama di negara China, berasal daripada pengaruh Turki dan Arab, sekali lagi ada elemen Jawi di situ.

“Cuma tulisan Jawi di alam Melayu tidak kuat bertahan sebagaimana Parsi, Urdhu dan Urgur, yang langsung tidak terhakis dek peredaran masa malah menjadi jati diri yang begitu dibanggakan oleh individu yang mengamalkannya,’’ katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, tulisan Jawi adalah tulisan dan bahasa ilmu masyarakat Melayu kerana kemampuannya menyentuh perkara yang nyata hinggalah kepada yang mujarad (abstrak).

“Jika hilang tulisan itu, tidak mustahil ilmu juga akan hilang dan menjejaskan warisan dan budaya kita,’’ katanya.

Menurutnya lagi, pameran ini tidak bertujuan menjadikan tulisan Jawi hanya tinggal sebagai bahan sejarah dan bahan tontonan orang ramai semata-mata.

“Melahirkan kekaguman terhadap bangsa sendiri dan semoga ada usaha berpanjangan untuk terus menghidupkan tulisan Jawi walau apa juga rintangan, semuanya bermula di sini,’’ ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.