saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/04/2006

Lagu Oh No! - V.E tidak sindir sesiapa


Album V.E Specially For You Platinum Edition khas untuk peminat-peminat V.E yang sentiasa memberi sokongan kepada kumpulan itu.



SEKARANG ini lagu Oh No! dan Oh No! Kamu dendangan kumpulan V.E sering kedengaran di corong radio. Ada yang berpendapat lagu itu menyindir beberapa pihak.

Bagaimanapun, kumpulan V.E yang dianggotai oleh Shah, Lah, Zaf, Damian dan Cham tidak bermaksud demikian.

Sebaliknya lagu ciptaan Damian dan Lah yang liriknya dihasilkan oleh Cham bersama Damian itu sekadar menjadi platform untuk mereka meluahkan perasaan.

Menurut Damian, lagu Oh No! yang didendangkan dalam versi Inggeris dan bahasa Melayu (Oh No Kamu) dimuatkan dalam album V.E Specially For You Platinum Edition. Lagu dalam album itu yang kini berada di pasaran tidak bermaksud menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

Album V.E Specially For You Platinum Edition merupakan kesinambungan daripada album studio V.E - For You. Menerusi album Specially For You Platinum Edition, 11 lagu daripada album For You dipilih dan selebihnya adalah lagu baru.

Selain Oh No! dan Oh No Kamu, lagu bonus lain yang dimuatkan dalam album itu ialah Rozana, Rentak Disko, Feel Good dan Pop Yeh Yeh (Live Remix).

“Sebenarnya Oh No! yang merupakan single pertama album terbaru kami itu sekadar lagu yang menampilkan muzik yang sesuai untuk semua pihak.

“Lagipun lirik yang dimuatkan dalam lagu tersebut adalah luahan isi hati yang kami fikir dialami oleh semua insan kerana ia menyentuh mengenai kehidupan yang penuh hipokrit. Senang kira, nilailah lirik itu dari sudut positif,’’ kata Damian pada sidang akhbar dan pratonton klip video lagu tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tegasnya, lagu tersebut didendangkan dalam dua versi sebagai strategi untuk menembusi pasaran Melayu dan bukan Melayu.

Klip video untuk lagu tersebut yang mengambil masa dua hari penggambaran diarah oleh Aidi Idham, seorang pelajar dari Universiti Multimedia.

Menurut Cham, V.E menaruh kepercayaan kepada Aidi dan rakan-rakannya. Keyakinan itu sekali gus memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar tersebut.

“Mereka dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dan kami pula berpeluang menyanyi dan berlakon,” katanya.

Klip video itu berkisar tentang seorang lelaki yang tidak dapat menerima kehadiran V.E. “Untuk klip video ini kami turut mengundang finalis pertandingan Dewi Remaja,’’ jelas Cham.

Menyentuh mengenai lagu Rozana dendangan asal kumpulan Search, Cham berkata, mereka memilih lagu tersebut kerana ia sebuah lagu malar segar.

Memandangkan lagu Rozana berentak rock, V.E yang selama ini terkenal dengan suara harmoni perlu mengambil masa untuk menyusun semula melodi Rozana.

“Susah juga nak ubah lagu rock kepada R & B, sebab itu kami anggap lagu Rozana ini satu cabaran. Lagipun lagu ini kegemaran ramai dan kami perlu hasilkan karya yang terbaik. Sebelum merakamkan lagu ini kami telah beritahu Amy dan dia memberi sokongan,’’ cerita Zaf pula.

Pada sidang akhbar itu, V.E turut membuat kupasan tentang lagu Rentak Disko. Lagu tersebut adalah kesinambungan daripada lagu Pop Yeh Yeh.

Menurut Lah, lagu itu bukan mengajak orang ramai ke disko. Ia cuma menampilkan irama berentak disko.

“Lagu ini ada kelainan sebab korusnya simple dan iramanya juga ceria. Sebenarnya idea lagu ini saya dapat sewaktu tidur. Semasa tidur saya bermimpi bertemu dengan Gwen Stefani daripada kumpulan No Doubt. Dia datang ke studio tengok kami buat rakaman dan tiba-tiba irama itu yang timbul. Saya terus berjumpa Damian dan jadilah lagu Rentak Disko,’’ kata Lah.

Oh No! Kamu

Sandiwaramu bak telenovela

Bercerita tak habis panjang berjela

Tiada kata secantik bahasa

Kerana mulut badan binasa

Mulanya hanya tuk bercerita

Tiada hajat untuk berahsia

Tapi takkan kau tak tahu bertanya

Adat Melayu berbudi bahasa

Kernamu kerna caramu

Duniamu bukan duniaku

Do you really wanna be somebody?

Tell me if you wanna be somebody?

Kernaku kerana caraku

Duniaku bukan duniamu...

Do you really wanna be somebody

You can’t be like me...

(Sebahagian daripada lirik lagu Oh No! Kamu)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.