saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/04/2006

J. Mizan masih diminati kerana Hari Ini dan Semalam

ITULAH antara lirik lagu Hari Ini Dan Semalam yang masih digemari sehingga kini dan telah menjulang nama penyanyinya. Biar seberapa ramai penyanyi baru mendendangkan lagu tersebut namun ia tetap sinonim dengan penyanyi asalnya iaitu J. Mizan.

Ternyata lagu nyanyian J. Mizan atau nama sebenarnya Jantan Mizan, kini 53, yang popular pada tahun 1974 masih gah di kalangan pendengar lama dan baru. Malah lagu tersebut amat popular di kalangan penggemar karaoke.

Gara-gara populariti lagu tersebut, syarikat rakaman Life Records mengambil inisiatif menghasilkan album MTV Karaoke The Best Of Me yang telah berada di pasaran sejak tiga bulan lalu.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lagu ciptaan Yusnor Ef itu sebenarnya adalah saduran daripada sebuah lagu popular Jepun.

“Masa rakaman lagi saya sudah tahu itu lagu Jepun dan tak sangka ia boleh popular sehingga kini. Lagu Hari Ini Dan Semalam merupakan tajuk EP pertama saya.

“Saya berpeluang menghasilkan empat EP dan dua LP bersama syarikat rakaman EMI. Kali terakhir saya rakam album adalah pada tahun 1979,’’ cerita J. Mizan yang masih lagi aktif menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Orchard Road, Singapura.

Untuk persembahan di kelab-kelab malam, J. Mizan sering mendendangkan lagu-lagu malar segar dan country.

Kata J. Mizan, selain Hari Ini Dan Semalam, lagu Tiada Jalan Kembali yang dirakam pada tahun 1975 juga merupakan lagu popularnya yang turut dimuatkan dalam album itu.

Lagu Tiada Jalan Kembali ciptaan Kamali Hudi dan lirik oleh Maisara Dariat itu amat emosi dan benar-benar menyentuh hati J. Mizan sejak proses rakaman lagi.

Lagu itu jarang dinyanyi bila mengadakan persembahan pentas kerana dia pasti mengalirkan air mata.

“Lagu itu saya tuju khas untuk orang tersayang yang pernah wujud dalam hati saya suatu ketika dulu. Kami sempat hidup bersama selama enam tahun dan selepas itu masing-masing buat hal sendiri,’’ ceritanya. J. Mizan pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Hamidah Buang.

Bagaimanapun, kini J. Mizan yang bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura bahagia bersama isteri tercinta, Hadida Mohd. Amin Yun, 47 dan anak-anak Mohd. Ridzuan, 26 dan Yuslizan, 28 tahun.

Dia yang seangkatan dengan D.J. Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Fatimah Razak dan Halil Chik merupakan anak keenam daripada 11 adik-beradik.

Menceritakan kembali pembabitannya dalam bidang seni suara, J. Mizan berkata, semasa remaja dia gemar lepak bersama rakan-rakan dan menyertai kumpulan muzik Kamasutra.

Kumpulan Kamasutra sering diundang mengadakan persembahan pada majlis kahwin sekitar Singapura. Dia belajar menyanyi daripada seorang kawan dan bermain gitar dengan seorang pemuzik bernama Raja Akid. Bakat J. Mizan dicungkil oleh komposer Kassim Masdor.

“Disebabkan saya minat sangat menyanyi dan sering mengadakan persembahan, seorang kawan telah memperkenalkan saya kepada Kassim Masdor yang sering mengetengahkan bakat baru. Atas usaha Kassim, saya dikenali dalam bidang ini,” katanya yang tidak melupai jasa komposer tersebut.

Hari Ini Dan Semalam

Hari ini kau datang riang

Tersenyum buat ku senang

Kau hias dirimu

Membuat hati bertambah sayang

Tapi wajahmu semalam muram

Mengapa dewi mengapa

Mungkinkah aku bersalah

Cubalah dewi katakan

Jangan dewi jangan begitu

Senyum, senyumlah selalu

Manis riang wajah bertambah jelita

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.