saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/04/2006

AIM13 paling kontroversi

ANUGERAH Industri Muzik Malaysia ke-13 (AIM13) yang akan berlangsung pada 29 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pukul 8.30 malam dijangka meriah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun penganjuran AIM yang masuk kali ke-13 itu mencetuskan beberapa kontroversi dalam anugerah berprestij itu.

Antaranya, pencalonan artis Singapura, Ahli Fikir yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik bersaing dengan empat lagi artis tempatan.

Selain itu, pencalonan album Mawi yang berjudul Yang Tercinta ditolak bagi beberapa kategori kerana mempunyai durasi masa kurang daripda 40 minit juga menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

Sepanjang AIM dianjurkan, dua isu itu belum pernah timbul dan ia pertama kali mencetuskan isu hangat di kalangan para penggiat muzik tempatan.

Wartawan ABD. AZIZ ITAR sempat menemu bual Pengerusi Pengelola Jawatankuasa AIM13, Rosmin Hashim bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu itu baru-baru ini. Ikuti wawancara tersebut.

Adakah AIM13 paling kontroversi berbanding AIM sebelumnya?

ROSMIN HASHIM: Saya rasa begitulah. Kerana, sebelum ini tidak pernah timbul isu-isu sebegitu. Malah, sejak saya jadi pengerusi AIM tiga tahun lalu, dua isu itu adalah yang paling panas dicetuskan oleh pihak yang kurang berpuas hati.

Komen tentang isu Ahli Fikir yang dikatakan tidak layak bertanding bagi kategori Artis Baru Terbaik?

Bagi saya, isu itu tidak sepatutnya timbul jika orang yang mempertikaikannya tahu tentang kriteria bagi kategori tersebut. Syarat untuk bertanding dalam kategori itu ialah seseorang artis itu mestilah menandatangi kontrak di bawah syarikat rakaman tempatan. Dalam kes ini, walaupun Ahli Fikir berasal dari Singapura tetapi mereka bernaung di bawah syarikat tempatan iaitu Warner Music.

Mengapakah boleh timbulnya isu seperti itu?

Itu saya kurang pasti kerana saya rasa semua pihak terutamanya syarikat rakaman faham tentang peraturan AIM. Setakat ini tidak ada sebarang perubahan peraturan atau kriteria untuk menghantar pencalonan bertanding dalam AIM. Syarat-syarat untuk bertanding dalam AIM sudahpun dijelaskan dan ia terdapat dalam borang-borang pencalonan bagi setiap kategori.

Benarkah ada syarikat rakaman yang memboikot AIM13 gara-gara isu tersebut?

Saya tidak fikir begitu kerana banyak syarikat rakaman yang sanggup memberi kerjasama bagi menjayakan AIM13. Bagaimanapun ada juga syarikat rakaman yang tidak dapat menghantar artis mereka mengadakan persembahan kerana ada komitmen lain.

Difahamkan pengacara AIM13 ialah Bob Lokman dan Afdlin Shauki. Mengapakah masih mengekalkan mereka sebagai pengacara?

Bagi kami, Bob Lokman dan Afdlin Shauki sudah sinonim dengan AIM. Mereka telah mengacarakan AIM sejak lima tahun lalu. Cara mereka mengacarakan AIM setakat ini mendapat sambutan dan pujian ramai. Jadi, rasanya tidak salah kalau kami mengekalkan mereka sebagai pengacara untuk AIM kali ini.

Apakah komen anda apabila ada yang kata AIM kurang mendapat perhatian daripada karyawan muzik tempatan kerana tidak menyediakan hadiah wang tunai?

Bagi saya, AIM menjadi lebih bermakna biarpun tanpa menyediakan hadiah wang tunai kepada para pemenangnya. Ini kerana, AIM diadili oleh para penggiat muzik tempatan yang tentunya arif dalam bidang ini. Para calon yang bertanding dalam AIM seharusnya bangga kerana karya mereka diadili dan diangkat oleh individu yang tahu menilai tentang hasil karya seni mereka.

Tetapi industri muzik tempatan kecil dan tidakkah karya-karya para calon AIM secara tidak langsung diadili oleh kawan-kawan penggiat muzik mereka sendiri?

Kami yakin juri yang dilantik dalam AIM13 bersikap profesional. Kami tidak mendedahkan identiti para juri dan jumlah mereka juga ramai. Malah, panel juri bukan setakat pemuzik tetapi termasuk juga kalangan wartawan hiburan.

Akhir sekali, apakah harapan anda untuk AIM13?

Saya harap AIM13 akan berlangsung dengan meriah dan jayanya. Setiap tahun AIM menjanjikan pelbagai kelainan terutamanya daripada segi persembahan artis. Tahun ini AIM sekali lagi akan menampilkan persembahan artis yang berbeza dan koloborasi yang tentunya akan menampilkan kelainan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.