saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/04/2006

Bimbang remaja buang masa di siber kafe

SEBAGAI seorang ibu kepada beberapa orang anak yang sedang meningkat remaja, saya sentiasa di dalam keadaan yang risau dan berjaga-jaga dengan persekitaran yang mungkin boleh mempengaruhi jiwa mereka.

Sekiranya aktiviti yang mereka lakukan memberikan kesan yang baik, maka amat gembiralah hati seorang ibu tetapi jika sebaliknya, amatlah malang nasib kami jika tidak bijak menangani masalah ini.

Di tempat tinggal saya yang terletak di Kampung Sungai Udang, Klang terdapat sebuah pusat siber kafe yang beroperasi hingga awal pagi dan mempunyai pelanggan yang ramai terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Setiap pagi apabila saya bersama suami ke masjid untuk solat subuh berjemaah, pusat tersebut masih lagi beroperasi dan kebanyakan mereka yang berada di situ adalah anak-anak Melayu.

Walaupun Menteri Besar Selangor melarang pusat-pusat karaoke di tempat terbuka namuni di tempat kami yang dikira kawasan kampung ini terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan kaunter karaoke untuk melahirkan `Sungai Udang Idol'.

Manalah kami sebagai orang tua tak susah hati. Antara gejala yang ketara adalah kejadian memecah cermin tingkap kereta hampir setiap malam.

Jangan sekali ada duit syiling dalam kereta, akal nak pecahlah cermin kereta itu subuh esok. Kalau hendak kata ‘Mat Gian’. punya kerja, radio dan barang lain tidak pula diambil. Kalau tidak percaya tanyalah pegawai-pegawai polis di Balai Polis Klang.

Satu malam lebih kurang lima hingga enam kejadian pecah kereta pernah berlaku. Mungkin perkara keji ini dilakukan oleh kanak-kanak atau remaja yang mencari duit untuk bersuka ria di siber kafe tersebut.

Ada juga remaja yang masih berkeliaran pada jam 3.00 pagi berbasikal beramai-ramai tidak tahu arah tuju mereka pada hal esok pagi mereka akan ke sekolah.

Bagaimana hendak tumpu pada pelajaran dalam kelas kalau tidur mereka tidak cukup?

Kebanyakan mereka ini bila ditanya terdiri dari keluarga yang bermasalah dan ibu bapa yang bekerja pada shif malam.

Ada orang kata, anak sendiri, sendirilah jaga. Memang betul pendapat itu. Bagi saya, insya-Allah saya boleh jaga anak saya, pantau mereka tetapi anak saudara saya, anak jiran saya, anak kawan-kawan saya dan anak bangsa saya yang ibu bapa mereka bekerja pada waktu siang dan ada juga yang bekerja shif pada waktu malam siapa nak pantau? Siapa nak jaga? Takkan hendak suruh jawatankuasa kemajuan kampung jaga anak mereka?

Salahnya adalah pihak yang meluluskan lesen operasi pusat siber kafe ini yang tidak banyak faedahnya melainkan main game dan melayari Internet yang bukan untuk mencari maklumat berilmu tetapi melayari `benda' lain.

Saya merayu kepada pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini. Kalau disenaraikan kebaikan dan keburukan mengenai kewujudan siber kafe itu rasanya lebih banyak keburukan berbanding dengan satu atau dua kebaikan sahaja.

Bukan tidak boleh ada siber kafe tapi biarlah ada etika dan pemantauan yang teratur untuk mencegah perkara yang negatif ini.

Bukan sekadar untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepentingan dan kesejahteraan awam. Mereka masih kanak-kanak dan remaja yang masih terumbang-ambing hala tuju mereka.

Kalau perahu bocor yang mereka naiki akan tenggelam karamlah dalam lautan noda dan dosa.

Marilah kita menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, bukan generasi yang cemerlang main game, gemilang pecah cermin tingkap kereta dan tak larat nak bilang dalam pusat serenti!.

- IBU BIMBANG NAK OII,

Klang, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.