saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 19/04/2006

Wajarkah rakyat tanggung beban hutang TNB?

KUALA LUMPUR 18 April - Adakah wajar pengguna menanggung beban hutang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan membayar tarif elektrik lebih tinggi?.

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh seorang penyokong kerajaan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang tidak setuju pengguna menanggung beban itu melalui kenaikan tarif elektrik.

Beliau menyifatkan TNB tidak adil kerana mahu mengenakan tarif elektrik yang tinggi kepada pengguna sedangkan pada masa yang sama Penjana Tenaga Bebas (IPP) mengaut untung dengan menjual tenaga elektrik.

``Kalau kita lihat IPP ini buat untung, TNB pula tidak buat untung. Tetapi sekarang ini TNB nak alihkan kerugian minta pengguna bayar, adakah ini adil,'' soalnya.

Beliau berkata, TNB membayar dengan harga yang mahal dari IPP bagi membeli bekalan elektrik yang akhirnya disalurkan kepada pengguna.

``Saya nak minta kerajaan semak semula kadar harga yang dibayar kepada IPP, janganlah beban pengguna lagi,'' kata beliau ketika mencelah usul perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini.

Lau Yeng Peng (BN-Puchong) yang membahaskan usul RMK-9 itu turut sependapat dengan Mohd. Alwi.

Katanya, pengguna tidak perlu dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik setelah banyak menanggung beban kenaikan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Beliau juga berharap kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengkaji semula perjanjian antara TNB dan IPP supaya tidak berat sebelah yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

``Saya setuju dengan YB Ketereh, kalau kita lihat dalam RMK-9, salah satu daripadanya ialah pendekatan mengamalkan jimat cermat dan mengurangkan pembaziran,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.