saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/04/2006

Pahang mohon geran RM150j ganti pembalakan

KUANTAN 21 April - Kerajaan Pahang hari ini membuat permohonan yang cukup luar biasa kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan ia menghentikan aktiviti pembalakan di negeri itu.

``Beri bantuan kepada kami, atau balak akan terus ditebang.''

Bantuan berbentuk geran yang dipohon itu bernilai RM150 juta hingga RM200 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang memiliki beberapa sebab utama mengapa ia berhak memohon geran seumpama itu yang belum pernah lagi diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mana-mana negeri.

Antara alasan paling utama, katanya, ialah Pahang selaku negeri terluas akan berkecimpung dalam industri pembekalan air ke negeri-negeri lain termasuk Lembah Klang pada masa akan datang.

``Pahang bersedia memberhentikan aktiviti itu dan memainkan peranan sebagai pembekal air sepenuh masa kepada semua pihak dengan syarat kehilangan pendapatannya itu ditampung kembali oleh Kerajaan Persekutuan.

``Kita sanggup simpan hutan jika Kerajaan Persekutuan sanggup membayar kita,'' katanya semasa menerima kunjungan delegasi Sukan Malaysia (Sukma) Kedah di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Jelas beliau, selain alasan bahawa Pahang bakal memainkan peranan selaku pembekal air, negeri itu juga memiliki sebahagian besar daripada Banjaran Titiwangsa yang perlu dipertahankan.

Tambah Adnan, beliau pernah membawa perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan dan reaksi diberikan boleh dikatakan positif dan merancang untuk mengetengahkan hal tersebut sekali lagi.

Jelasnya, Pahang pada masa ini telah pun menunjukkan komitmen padu dalam soal penjagaan alam sekitar apabila ia memiliki seluas 270,000 hektar hutan yang diwartakan sebagai tadahan air.

Mengulas lanjut isu pembalakan yang disiarkan oleh media massa sebelum ini, beliau berkata, kerajaan negeri telah meminta polis dan tentera melakukan rondaan serta mengambil tindakan jika berlaku sebarang pencabulan peraturan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.