saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/04/2006

Ghafar dikebumikan di kawasan kubah Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR 23 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, yang meninggal dunia pagi tadi, merupakan negarawan keempat yang disemadikan di kawasan kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Pemimpin pertama yang dikebumikan di situ ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 1973.

Dua lagi ialah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein (1976) dan Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn (1990).

Makam Pahlawan adalah tapak persemadian khas bagi mereka yang banyak menyumbangkan jasa kepada negara yang dianggap sebagai pahlawan.

Makam itu mempunyai kubah yang bumbungnya berbucu bentuk bintang mencecah ke tanah. Ia mempunyai liang lahad di bawah kubah dan juga di luar kubah.

Ghafar, 81, meninggal dunia pada pukul 7.34 pagi tadi.

Lima negarawan lain pula dikebumikan di luar kubah Makam Pahlawan.

Mereka terdiri Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.