saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/04/2006

Tun Ghafar Baba meninggal dunia

KUALA LUMPUR 23 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang di sini pagi ini kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Allahyarham berusia 81 tahun.

Anggota keluarga terdekat berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.34 pagi.

Berita mengenai kematian Ghafar disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Hydar Raja Iskandar.

Jenazahnya akan ditempatkan di Dewan Bacaan, Masjid Negara, selepas Zohor untuk memberi peluang kepada para pemimpin dan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Waktu ziarah untuk orang ramai ialah dari 2 petang hingga 3 petang, manakala waktu ziarah untuk orang kenamaan ialah dari 3 petang hingga 4 petang.

Raja Hydar berkata, jenazah Allahyarham Ghafar akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh penghormatan negara.

"Kerajaan telah memutuskan untuk memberi pengebumian Allahyarham Tun Ghafar sebagai pengebumian pembesar negara kerana jasanya (kepada negara)," katanya pada sidang akhbar di GIMC pagi ini.

Ghafar dimasukkan ke GIMC pada 24 Jan lalu. Beliau sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Pantai kerana sakit jantung dan komplikasi paru-paru.

Sejak keadaannya semakin tenat beberapa hari lepas, beliau telah dikunjungi oleh banyak pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak lelaki Allahyarham, Tamrin berkata, beliau bersama adik-adiknya dan seluruh kaum keluarga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pemimpin negara khususnya Abdullah dan Najib, yang secara peribadi begitu mengambil berat mengenai kesihatan ayahnya.

Tamrin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang telah bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik kepada ayahnya.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf atas apa jua kekurangan, kelemahan serta salah dan silap Allahyarham.

"Saya juga mohon dihalalkan segala makan dan minum selama mana pergaulan Allahyarham dengan kita selama ini," katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Bangsar untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dibawa ke Masjid Negara.

Orang ramai yang yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham dikehendaki memakai pakaian kebangsaan ataupun pakaian yang bersopan bagi yang bukan Islam, manakala untuk wanita, mereka perlu bertudung.

Dr Lim Kim Hatt, doktor yang merawat Allahyarham, memberitahu sidang akhbar itu bahawa punca kematian Ghafar adalah kerana radang paru-paru dan komplikasi buah pinggang serta jantung.

Beliau berkata, keadaan kesihatan Ghafar menjadi teruk sejak lima hari lepas.

Sepanjang hayatnya Allahyarham dikenali sebagai tokoh politik Melayu yang bermula sebagai anak kampung sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955.

Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999.

Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik, Ghafar merupakan seorang tokoh yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.