saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/04/2006

DUN Sarawak bubar hari ini?

KUCHING 23 April - Mungkinkah teka teki bila pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terjawab esok apabila Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengadakan sidang akhbar khas di hangar Hornbill Skyways di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas ke Sibu untuk lawatan kerja sehari.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa dan `pelan tindakan' yang diatur oleh Pejabat Ketua Menteri dan hebahan akhbar Bahagian Media dan Komunikasi, Jabatan Penerangan Sarawak sejak awal minggu ini, terdapat kemungkinan besar Taib akan membuat pengumuman yang dinanti-nantikan rakyat Sarawak untuk menghadapi pilihan raya negeri yang kesembilan.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran itu sebenarnya bermula

akhir tahun lepas dan menjadi semakin hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan lawatan kerja ke negeri itu pada Isnin dan Selasa lepas.

Pada majlis-majlis yang dihadiri Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional, beberapa petunjuk menjurus ke arah pembubaran DUN semakin jelas dibayangkan dalam ucapan dan kenyataan mereka.

Pada mulanya, Taib dikatakan akan membuat pengumuman itu pada Khamis lepas apabila DUN Sarawak mengadakan persidangan khas separuh hari untuk pembentangan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sebelum menangguhkan Persidangan, Speaker Dewan, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar mengesahkan persidangan khas itu adalah yang terakhir bagi Penggal Keempat DUN Sarawak yang ke-15.

Namun, spekulasi itu meleset apabila Taib tidak membubarkan DUN pada Khamis, dan ini mendorong orang ramai membuat ramalan ia akan dibubarkan pada Sabtu iaitu genap 100 hari kematian bonda Taib.

Pemerhati politik bagaimanapun tidak menjangkakan Taib akan mengumumkan semalam sebagai menghormati majlis tahlil dan bacaan doa yang diadakan untuk bondanya, Hamidah Yakub, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 13 Januari lepas ketika Taib berada di Singapura bagi menjalani pembedahan membuang ketulan di usus.

Taib juga tidak dijangka membubarkan DUN hari ini sebagai menghormati kematian bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba pagi tadi.

Kemungkinan Taib membubarkan DUN esok dikukuhkan lagi dengan alasan, pertama, media sejak awal lagi telah diminta bersedia untuk menghadiri persidangan akhbar oleh Ketua Menteri apabila beliau sudah bersedia untuk membuat pengumuman, dan kedua, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman juga menjadualkan sidang akhbarnya sejurus selepas Taib bertemu wartawan.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.