saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/04/2006

`Pergi jahanamlah'

KUANTAN 24 April - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini kurang senang dengan laporan beberapa media berhubung cadangan beliau agar Kerajaan Persekutuan memberi geran tahunan bernilai RM150 juta hingga RM200 juta bagi memberhentikan aktiviti pembalakan di negeri ini, Jumaat lalu.

Sambil memandang sekumpulan wartawan yang membuat liputan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Adnan menempelak dengan perkataan go to hell atau `pergi jahanam'.

Kenyataan keras yang mengejutkan sidang Dewan itu dibuat oleh beliau semasa sesi menimbang usul menjunjung kasih atas titah Diraja pada hari terakhir persidangan itu di Wisma Sri Pahang, di sini.

Kenyataan itu turut mengejutkan sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik serta hampir 40 pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih di sini dan sembilan ahli Wanita UMNO bahagian Temerloh.

Tindakan Adnan memberi kenyataan begitu keras di hadapan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri itu menyebabkan hampir semua wartawan yang hadir keluar meninggalkan Dewan sebagai tanda protes.

Adnan berkata, beliau tidak mahu publisiti langsung daripada mana-mana media yang dilihat gagal menyampaikan apa yang dilapor atau dikatakannya.

Adnan berkata: ``Sebenarnya surat khabar macam ini, kalau tak keluar (kenyataan berita) saya pun tak apalah, can go to hell dengan izin, minta maaflah, maknanya kalau cakap Melayunya `pergi jahanamlah'.

Beliau selepas itu menoleh ke arah pemberita di belakang Dewan dan mengangkat tangan sambil berkata: ``Boleh keluar surat khabar... tulis, Menteri Besar Pahang kata `go to hell' kepada berita-berita yang tidak tepat.

``Saya pun seronok juga esok keluar surat khabar Perdana Menteri panggil `apa cerita Nan?

``Apa yang tak marahnya (sambil membuat gaya memegang telefon), benda yang tidak betul jadi betul, kita hendak biarkan ke kemungkaran, itu mungkar namanya.''

Antara kandungan laporan yang disiarkan oleh beberapa akhbar Sabtu lalu ialah berhubung kenyataan kononnya jika Kerajaan Persekutuan tidak bayar, semua pokok akan tumbang di Pahang.

Satu lagi yang kurang disenangi oleh Adnan ialah istilah `ganti rugi' yang diguna pakai sesetengah media apabila beliau berulang kali menyatakan maksud sebenar ialah peruntukan geran tahunan dan bukannya `ganti rugi.'

Bagaimanapun, mengikut rekod media yang hadir pada persidangan Jumaat lalu, Menteri Besar itu menggunakan istilah `ganti rugi' di Dewan itu.

Usaha untuk mendapatkan hansard Dewan pada Jumaat lalu melalui setiausaha akhbar Adnan, Wahab Mohammad Ali gagal kerana dikatakan belum siap lagi.

Adnan mendakwa, kebanyakan media membuat tafsiran sendiri berhubung kenyataan beliau itu.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Pahang, Nik Naizi Nik Hussein ketika dihubungi berkata, tindakan Menteri Besar membuat kenyataan sedemikian dianggap agak melulu dan tanpa pertimbangan wajar.

``Janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar, kalau pun ada laporan yang boleh dipertikaikan kebenarannya, maka bukan semua wartawan dari semua akhbar yang harus dilibatkan.

``Ini kerana semua akhbar daripada pelbagai syarikat ada gatekeeper masing-masing yang lebih bertanggungjawab,'' katanya.

Dalam pada itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menyifatkan tindakan Adnan itu tidak profesional dan tidak beradab.

Presidennya, Norila Daud berkata, jika media tersilap lapor atau tidak tepat laporannya seperti didakwa oleh Adnan, ada cara lain untuk memperbetulkannya dan bukan melemparkan kata-kata kesat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.