saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/04/2006

Melaka minat belajar pengurusan bandar sejarah dari Hungary

MELAKA 24 April - Kerajaan negeri berminat untuk mempelajari kaedah pengurusan bandar bersejarah dari Hungary yang memiliki beberapa bandar warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, berikutan itu, kerajaan negeri akan menggunakan kesempatan semasa lawatan kerja dan pelaburan ke enam buah negara Eropah Timur pada 26 April hingga 10 Mei ini untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, beliau melihat Hungary sebagai sebuah negara yang menarik, bersejarah dan mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang boleh dijadikan panduan oleh Melaka.

Katanya, selain mempunyai nilai-nilai sejarah, negara berkenaan turut mempunyai beberapa kekuatan lain seperti dalam bidang bioteknologi, pertanian, pelancongan dan pembuatan.

``Hungary turut mempunyai kelebihan dalam penghasilan tembikar seperti porselin kerana produk porselin di Hungary bermutu tinggi dan terkenal di seluruh Eropah.

``Kita akan manfaatkan pengalaman yang diperoleh sebaik mungkin dan membawa pengetahuan itu ke Melaka,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Duta Hungary ke Malaysia, Tamsmas Toth turut mengunjungi Mohd. Ali di Seri Negeri di sini hari ini bagi memberi penerangan mengenai tempat-tempat menarik dan produk pelancongan di negaranya.

Selain Hungary, negara Eropah Timur lain yang akan dikunjungi adalah Slovenia, Republik Czech, Romania, Poland dan Itali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.