saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/04/2006

Kesal kenyataan Adnan

KUANTAN 25 April - Orang ramai terkejut dan kesal dengan tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan perkataan yang disifatkan sebagai tidak beradab sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Salah seorang kakitangan syarikat swasta, Shariman Mohd. Zain, 35, berkata, beliau kesal dengan tindakan di luar dugaan pemimpin Pahang itu.

``Sebagai pemimpin beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tersebut terutama dalam Dewan yang mulia,'' katanya.

Menurutnya, sikap tersebut ternyata bertentangan dengan kempen Budi Bahasa yang dijalankan oleh kerajaan.

Shariman berkata, seorang pemimpin juga tidak boleh menunjukkan kemarahan mereka secara terbuka sehingga mencerminkan sikap yang tidak profesional di mata rakyat.

Semalam, Adnan melahirkan rasa kurang senangnya dengan laporan beberapa media berhubung cadangan beliau agar Kerajaan Persekutuan memberi geran tahunan bernilai RM150 juta hingga RM200 juta bagi memberhentikan aktiviti pembalakan di negeri ini, Jumaat lalu.

Sambil memandang sekumpulan wartawan yang membuat liputan sidang DUN Pahang, Adnan menempelak dengan perkataan go to hell atau `pergi jahanam'.

Seorang lagi kakitangan syarikat swasta, Zainab Ibrahim, 28, berkata, sebagai seorang pemimpin, mereka perlu menggunakan bahasa yang boleh dijadikan ikutan ramai dan bukan sebaliknya.

``Kerajaan sering meminta rakyat berbudi bahasa tetapi malangnya ada di kalangan pemimpin gagal memberikan contoh yang baik,'' ujarnya.

Kemarahannya

Sebelum ini, dalam pilihan raya kecil di negeri itu, Adnan dikatakan pernah melahirkan kemarahannya dengan menunjukkan punggungnya serta mengangkat tangan melakukan isyarat lucah kepada penyokong-penyokong pembangkang.

Sementara itu, Romli Awang berkata, kenyataan keras Adnan itu tidak mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berketerampilan.

Menurutnya, rakyat sudah tentu terkejut dengan kenyataan yang begitu keras daripada seorang Menteri Besar.

``Jikapun berlaku kesilapan, bukanlah bijak bagi beliau untuk emosional dan menghamburkan kata kesat kepada mana-mana pihak sekalipun,'' katanya.

Menurut Romli, Adnan wajar mencontohi budi pekerti yang baik pada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nurazliza Abdul Manan pula berkata, sekiranya ada rasa tidak puas hati Adnan terhadap laporan media beliau sewajarnya mengadakan perbincangan secara tertutup ataupun membuat kenyataan media bagi membetulkan fakta yang sebenar.

Tambahnya, Adnan tidak perlu mengeluarkan kata-kata tidak beradab di dalam DUN yang pada ketika itu turut disaksikan oleh pelawat terdiri daripada kakitangan kerajaan, pelajar dan pemimpin masyarakat.

``Saya harap semua termasuk pemimpin benar-benar menyerapkan nilai murni terutamanya bersopan santun dan berbudi bahasa,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.