saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/04/2006

19 pelatih PLKN dijangkiti infuelenceza B, leptospirosis

KUALA LUMPUR 25 April - Kementerian Kesihatan mengesahkan 19 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Putera, Taboh Naning di Alor Gajah, Melaka yang dimasukkan ke Hospital Melaka (HM) 20 April lalu, dijangkiti infuelenceza B dan leptospirosis.

Menterinya, Datuk Chua Soi Lek berkata, 11 pelatih terbabit dikesan menghidap infuelenceza B manakala lapan lagi terkena penyakit leptospirosis.

Menurutnya, penyakit itu dikesan berpunca daripada air tasik yang dicemari oleh najis binatang seperti tikus.

``Sebanyak 24 sampel darah telah dihantar dan hasilnya, 19 daripada sampel terbabit mengandungi kuman penyakit berkenaan, manakala selebihnya hanya kuman penyakit biasa.

``Kesemua mereka kini telah berunsur pulih dan sihat, mereka dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh tiga hari ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Hari Kesihatan Sedunia oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di sini hari ini.

Dalam kejadian 20 April lalu, seramai 18 pelatih kem terbabit dikejarkan ke HM kerana mengalami demam panas dan batuk.

Selang dua hari selepas insiden itu, 12 pelatih kem berkenaan dimasukkan ke HM kerana menghidap tanda-tanda yang sama.

Bagaimanapun, setakat ini, 24 pelatih kem itu telah dibenarkan pulang secara berperingkat-peringkat.

Leptospirosis ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang dipindahkan dari haiwan kepada manusia.

Soi Lek berkata, pelatih kem berkenaan dipercayai terkena jangkitan tersebut sewaktu menjalani latihan berenang di tasik kem itu.

Ujarnya, bagi mengelak insiden yang sama berulang, pihaknya mengarah pentadbiran kem tersebut memantau aspek kebersihan air tasik tersebut agar ia tidak tercemar.

``Ibu bapa diharap tidak terlalu bimbang tentang perkara ini kerana langkah-langkah pencegahan dan pemantauan sedang diambil oleh pihak terbabit,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.