saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/05/2006

Siti Nurhaliza menang lagi

SELAIN keputusan dua kategori yang menjadi kontroversi, kategori-kategori lain yang dipertandingkan dalam AIM13 dilihat tidak banyak menimbulkan kejutan.

Siti Nurhaliza yang mengekalkan rekod lapan tahun berturut-turut mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) sejak tahun 1999. Itu memang sudah dijangka.

Vokal penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat masih utuh biarpun cuma bersandarkan albumnya yang dirakamkan daripada konsertnya di Royal Albert Hall, London pada April tahun lalu.

Menurut Siti Nurhaliza, kemenangan itu adalah pencapaiannya yang terbaik sejak bertanding dalam AIM kira-kira 13 tahun lalu.

“Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada Siti untuk terus komited dalam bidang nyanyian. Selagi menghasilkan album dan layak untuk dipertandingkan, Siti akan terus bertanding.

“Soal berapa lama Siti mampu mempertahankan anugerah ini terpulanglah kepada rezeki,” katanya ketika ditemui selepas AIM13 berakhir.

Begitu juga dengan Raihan yang meneruskan penguasaannya apabila memenangi kategori Album Nasyid Terbaik menerusi album Ameen.

Sebelum ini Raihan pernah mengungguli kategori itu sebanyak lima kali iaitu menerusi album Puji-Pujian (1998), Syukur (1999), Senyum (2000), Gema Alam (2004) dan Allahu (2005).

Penguasaan Raihan dalam lagu-lagu nasyid tempatan terserlah apabila mereka dipilih menerima Anugerah Kembara buat kali yang ketiga.

Pada tahun 1998 dan 2001, Raihan pernah menerima anugerah khas itu kerana sumbangan kumpulan itu

dalam memartabatkan irama nasyid tempatan hingga ke peringkat antarabangsa.

Di sebalik kejutan keputusan dan kemeriahan artis melaram dengan fesyen pakaian, perjalanan anugerah AIM13 pada malam itu meleret-leret.

Perkara itu dapat dilihat daripada gaya pengacara utamanya iaitu Afdlin Shauki dan Bob Lokman mengendalikan acara tersebut.

Dua pengacara AIM13 itu dilihat meleret-leret dan banyak membuang waktu semasa memperkenalkan barisan pemuzik latar persembahan malam itu.

Untuk tujuan itu, Afdlin dan Bob juga merapu dengan dialog dan lirik lagu yang dilontarkan secara spontan sambil diiringi muzik para pemuzik terbabit.

Bagaimanapun, persembahan Jason Lo yang membawa mesej tentang kemanusiaan dan perpaduan dengan lagu-lagu rock alternatifnya mendapat tepukan gemuruh para penonton.

Persembahan Waheeda bersama kumpulan Brothers dan Akbar juga tidak menghampakan apabila mereka tampil dengan gaya eksperimen muzik yang terkini.

Penyanyi bertudung itu memulakan persembahan dengan frasa lagu-lagu berkonsepkan world music sambil disulami dengan alunan irama hip hop.

Selain itu, AIM13 turut menampilkan persembahan artis-artis seperti VE, Siti Nurhaliza, Hazami, Adibah Noor, Elyana, Ridzuan, Jamal Abdillah, Shanon, Dayang Nurfaizah, Ahli Fiqir, Jaclyn Victor dan Dina.

Senarai pemenang AIM13

- Album Terbaik - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Lagu Terbaik - Warkah Buat Laila (Zahid)

- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London (Siti Nurhaliza)

- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) - Dilanda Cinta (Shanon)

- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album - For You (VE)

- Album Pop Terbaik - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Album Pop Rock Terbaik - Santai (Awie)

- Album Hard Rock Terbaik - Live & Unplugged At Planet ‘05 (MAY)

- Album Nasyid Terbaik - Ameen (Raihan)

- Album Inggeris Terbaik - Rebirth Into Reality (Too Phat)

- Album Indonesia Terbaik - Padi (Padi)

- Video Muzik Terbaik - Sleepy Head (Lo)

- Artis Harapan - Ridzuan

- Artis Baru Terbaik - Jaclyn Victor

- Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik - Deja Voodoo Spells

- Rakaman Album Terbaik - Kasih (Dayang Nurfaizah)

- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Kulit Album Terbaik - Rebirth Into Reality (Too Phat)

- Anugerah Wirama - S. Atan

- Anugerah Kembara - Raihan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.