saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/05/2006

Peru panggil pulang duta di Venezuela

LIMA 30 April - Buat kali kedua tahun ini, kerajaan Peru semalam telah memanggil kembali dutanya ke Venezuela berkuat- kuasa serta-merta sebagai tanda protes terhadap campur tangan berterusan oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez ke atas hal ehwal negara ini.

Kerajaan Peru dalam satu kenyataannya di sini memetik ancaman Chavez pada Jumaat lalu sebagai berkata, Venezuela akan memanggil kembali dutanya ke Peru jika bekas Presiden Peru, Alan Garcia memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden.

Chavez sebaliknya memberi sokongan kepada calon berhaluan kiri, Ollanta Humala.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai kerajaan Venezuela gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kenyataan Chavez itu timbul berikutan kritikan Garcia yang menyifatkan sikap pemimpin Venezuela terbabit sebagai memalukan kerana mengkritik perjanjian- perjanjian perdagangan bebas Amerika Syarikat (AS) dengan Peru dan Colombia sementara di satu pihak pula, Venezuela meneruskan penjualan minyak mentah kepada AS.

Chavez, seorang pemimpin sosialis memberikan sokongan secara terbuka kepada Humala yang memenangi pusingan pertama pilihan raya presiden Peru.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.