saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/05/2006

Kisah menarik majlis pelancaran album Siti


SITI Nurhaliza bersama ibu kesayangan (kanan) Siti Salmah Bachik yang hadir pada majlis pelancaran album Transkripsi dan laman webnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MAJLIS pelancaran album terbaru Siti Nurhaliza, Transkripsi, berlangsung meriah di Restoran Puteri, Penchala Link, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siti muncul pada petang itu dengan baju berwarna merah jambu rekaan Calvin Thoo.

Banyak cerita menarik muncul pada majlis itu.

Antaranya keramahan ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik yang diserbu wartawan. Siti Salmah bertubi-tubi bertanya tentang gosip perkahwinan Siti dengan Datuk K yang dikatakan akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.

“Mak cik tak tahu cerita. Tak ada orang yang merisik Siti pun.” Begitulah kata Siti Salmah yang kelihatan agak tersipu-sipu malu ketika menjawab pertanyaan wartawan.

Tentu saja jawapan itu belum dapat memuaskan hati para wartawan pada majlis itu. Lalu soalan seterusnya disogokkan.

Tapi kakak Siti, Ida, segera mencelah, “Biarlah rahsia semua itu.”

Ida bagaikan tidak menyenangi ibunya membuat kenyataan pada majlis itu. Namun Siti Salmah kelihatan tenang memberikan senyumannya.

Siti Nurhaliza yang ketika itu berada nun di satu penjuru kerana dikerumuni wartawan elektronik sempat menjeling nakal ke arah ibu kesayangan yang mula menjadi perhatian wartawan. Sempat juga Siti memberi isyarat tangan secara bergurau tanda peringatan sambil tersenyum lebar penuh makna.

Ketika itu, abang Siti, Ayie tampil menghampiri ibunya dan meminta jasa baik pihak wartawan membenarkannya membawa ibunya pulang.

“Emak saya baru tiba dari Pahang dan kepenatan. Saya nak bawa emak balik rumah (di Kuala Lumpur). Nak rehat,” kata Ayie sambil tersenyum.

Sementara itu, Siti Nurhaliza meneruskan sidang akhbarnya dengan wajah yang ceria. Apa saja soalan maut yang diajukan wartawan, dijawabnya dengan selamba.

Daripada kisah percintaan dihalang keluarga hinggalah perancangan selepas berkahwin, jawapan Siti hampir sama.

“Siti reda dan berserah kepada Tuhan.”

Dalam pada itu senyuman manisnya tidak lekang di bibir. Sesekali dia sempat bergurau dan menyerlahkan sifat manjanya.

“Akak nampak macam mana?” soal Siti semula ketika seorang wartawan wanita bertanya apakah dia sedang dilamun cinta.

Namun Siti sempat membuat pengakuan dia sedang bahagia dan gembira menjalani kehidupannya.

Sebelum majlis itu berakhir, kelibat ibu Siti kelihatan di satu sudut sedangkan ramai yang sangka dia sudah pun meninggalkan majlis itu.

Sekali lagi para wartawan mula mendekatinya dan Siti Salmah dengan senyuman mesranya sempat memberi pesanan: “Tulis baik-baik cerita (tentang) Siti ya.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.