saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/05/2006

Aziz M. Osman tidak berselera lagi buat filem Senario

PEMBURU Emas Yamashita merupakan filem kelima dan terakhir lakonan kumpulan lawak Senario yang diarahkan oleh sutradara Aziz M. Osman.

Selepas mengarahkan lima filem lakonan Senario yang diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) sejak tahun 1999, Aziz kini mengambil keputusan untuk tidak lagi mengarahkan sebarang filem lakonan kumpulan lawak terkenal itu.

Aziz menganggap sudah sampai masanya dia beralih arah. “Cukuplah setakat ini sahaja kerana saya sudah tidak tahu hendak buat filem apa lagi tentang Senario. Saya pernah bekerja dengan semua anggota kumpulan ini.

“Bagi saya, pembabitan saya dalam mengarahkan filem-filem lakonan Senario boleh dikira full circle,” katanya ketika ditemui selepas pratonton filem Senario... Dalam Pemburu Emas Yamashita di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Aziz, dia tidak akan mengarahkan lagi filem lakonan Senario meskipun ditakdirkan Pemburu Emas Yamashita mendapat sambutan ramai.

Katanya, dia mahu memberi peluang ke pada pengarah filem lain mengarahkan filem-filem lakonan Senario pada masa depan.

“Kalau filem ini mendapat kutipan tiket RM7 juta sekalipun, saya sudah tidak berselera lagi buat filem Senario.

“Berilah peluang pengarah lain mengarahkan filem lakonan Senario seperti filem Lang Buana yang diarahkan oleh Mamat Khalid,” ujar Aziz.

Malah, Aziz juga pasrah jika kutipan tiket filem terbaru arahannya itu tidak mampu menyaingi filem-filem Senario sebelum ini.

“Saya tidak kisah kalau filem ini tidak mendapat sambutan para penonton kerana saya buat sebuah filem yang berbeza.

“Saya memang seorang pengarah yang degil kerana saya akan terus mencari bahan cerita yang baru. Apa pun filem ini memberi kepuasan kepada saya.

“Saya tidak berani kata filem ini adalah sebuah karya ataupun ciptaan. Penonton yang akan menentukannya.

“Bagi saya, karya adalah satu hasil yang besar dan diakui ramai sedangkan ciptaan adalah satu benda yang remeh-temeh.

“Mungkin filem ini nothing new, but something fresh. Ini kerana apa yang kita buat selama ini dunia perfileman Hollywood sudah buat,” ujarnya.

Persoalan kutipan tiket ditimbulkan kerana pendapatan filem keempat Senario berjudul Senario XX yang ditayangkan tahun lalu dikatakan merosot. Ia cuma mampu membuat kutipan tiket RM2.4 juta.

Sedangkan tiga filem Senario sebelum itu iaitu Senario The Movie membuat kutipan tiket sebanyak RM4.58 juta, Senario Lagi (RM4.8 juta) dan Lagi Lagi Senario (RM6.3 juta).

Sebagai pengarah yang sering menerima kritikan kerana kononnya mengarahkan filem ringan, Aziz sudah bersedia menerima risiko itu apabila Pemburu Emas Yamashita ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai 18 Mei ini.

“Saya memang bersedia menerima kritikan. Malah, saya sudah lali dikritik sejak tahun 1986 lagi,” katanya dalam nada selamba.

Aziz kini merancang mengarahkan semula filem berjudul Azura yang pernah popular pada tahun 1980-an.

Filem berkonsepkan muzikal yang akan diterbitkannya pada awal tahun depan itu akan diolah semula dengan menampilkan barisan pelakon baru.

GBSB cari pengganti Aziz

Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah menerima keputusan Aziz dengan hati terbuka.

Menurutnya, GBSB akan mencari pengganti Aziz bagi mengarahkan filem-filem Senario pada masa depan.

“Setakat ini Afdlin Shauki, A.R. Badol dan A. Razak Mohaideen adalah antara pengarah yang berada dalam senarai kami.

“Kami akan berbincang terlebih dahulu tentang perkara itu. Kami akan terus menerbitkan filem Senario selagi ratingnya tinggi dan ada permintaan daripada para penonton,” ujarnya.

Selain Wahid, Azlee dan Lan Pet Pet, Pemburu Emas Yamashita turut dibintangi oleh Hamdan, Ilya, Nora Danish, Beego dan Que Haidar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.