saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 08/05/2006

Nor Aini mahu bawa Jarumas ke pasaran antarabangsa


GAYA seorang usahawan wanita gigih, Nor Aini Shariff.



Nama Jarumas memberi tanggapan pertama kepada penulis bahawa personaliti kali ini menjalankan perniagaan pembuatan pakaian.

Jangkaan itu memang tepat. Nama Jarumas itu sendiri sebenarnya dipilih bagi melambangkan kualiti pakaian yang dihasilkan sehebat ‘emas’ iaitu perhiasan paling berharga bagi kaum wanita.

Butik Jarumas Concept yang terletak di Plaza City Square, Kuala Lumpur kini mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam usaha mempromosikan rekaan batik ke peringkat yang lebih tinggi.

Mendekati pemiliknya, Nor Aini Shariff atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nani, terasa seperti sudah lama penulis mengenali beliau. Sifatnya yang lemah lembut dan mudah mesra membuatkan perbualan bersamanya berlangsung dalam suasana yang penuh santai.

“Kak Nani memang bercita-cita untuk memperluaskan perniagaan ini sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Menceritakan tentang penglibatannya dalam bidang fesyen, wanita kelahiran Melaka ini berkata, ia bermula secara kecil-kecilan dan lebih kepada pembuatan pakaian untuk tempahan individu.

“Jarumas mula beroperasi di sebuah rumah kedai yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1992.

“Pada waktu itu saya lebih menumpukan kepada tempahan pakaian secara kecil-kecilan, kemudian barulah saya mengambil tempahan untuk pakaian syarikat-syarikat,” katanya yang memiliki diploma dalam bidang rekaan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Waktu itu saya bertekad untuk memajukan perniagaan saya dengan penghasilan baju siap dan bukan terhad kepada tempahan sahaja,” katanya.

Nani yang telah berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang fesyen pernah bekerja di Batik Malaysia Berhad dan Kraftangan Malaysia.

Dengan pengalaman tersebut, beliau yakin untuk menubuhkan perniagaan sendiri dalam bidang pembuatan pakaian.

Isteri kepada Kolonel (B) Abu Bakar Baba ini berkata, kini urusan perniagaannya lebih mudah dengan penglibatan anak perempuan tunggalnya, Kartini Abu Bakar, 26. Kartini turut hadir menemani ibunya dalam temu bual dengan Mega baru-baru ini.

Menembusi

“Sejak berkhidmat dengan Batik Malaysia dan Kraftangan Malaysia, saya yakin bahawa industri batik boleh diperkembangkan lagi. Selaras dengan usaha gigih Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menerusi Yayasan Budi Penyayang, saya cuba untuk melibatkan diri dalam bisnes itu di bawah label Jarumas dengan cara menembusi pasaran antarabangsa,” ujar ibu kepada empat anak yang berusia 16 hingga 28 tahun ini.

Menurut Nani, satu pertunjukan fesyen sempena festival Malaysian Fair akan diadakan di Bahrain pada bulan Mei ini. Bersempena festival tersebut, beberapa pereka fesyen Malaysia akan dijemput untuk mempromosikan batik khususnya untuk pasaran Asia Barat.

Menurut Nani, walaupun nama pereka fesyen yang terlibat masih belum dikenal pasti oleh pihak penganjur, namun sebagai individu yang begitu komited dengan matlamatnya, Nani telah membuat beberapa persediaan awal. Antaranya melakukan analisis tentang kehendak serta keperluan pemakaian penggemar fesyen di Bahrain.

“Menerusi kajian yang saya jalankan, saya dapati kebanyakan wanita di sana khususnya yang tinggal di Bahrain merupakan golongan yang gemar bergaya,” katanya.

Nani berkata, walaupun pada pandangan segelintir masyarakat Malaysia wanita di Asia Barat sering memakai jubah, namun realitinya tidak semua begitu.

“Golongan wanita di sana terutama mereka yang agak berada sanggup untuk berhabisan wang demi mendapatkan jenama ternama dari Itali demi memenuhi tuntutan untuk bergaya. Selain itu, mereka juga mementingkan pakaian yang dipakai di dalam jubah kelihatan menarik. Maka disebabkan itulah permintaan untuk membawa batik ke Asia Barat merupakan satu peluang besar bagi pereka fesyen Malaysia untuk memperkenalkan rekaan batik ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Nani yang kini menetap di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur begitu mementingkan kualiti.

“Yang paling penting adalah corak batik mesti disesuaikan dengan permintaan pasaran. Di Jarumas, kami tidak menyogokkan apa jua fesyen kepada pelanggan. Semua keluaran mesti sesuai dengan konsep. Yang paling penting ialah kualitinya,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.