saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/05/2006

LPFM perlu ada pendirian

TINDAKAN orang ramai mempersoalkan pendirian dan “pembacaan” Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) bukan perkara baru. LPFM selalu dilanda kontroversi yang sekali gus boleh mengikis kepercayaan orang ramai terhadap badan penapisan ini.

Sebenarnya tidak adil untuk menyalahkan orang ramai apabila mempersoalkan pendirian LPFM. Ini kerana badan penapisan ini selalu membuka ruang untuk orang mempersoalkan pendiriannya.

Sebagai pengawal moral, LPFM perlu ada pendirian sekalipun dikritik oleh sesetengah pihak. Kalau LPFM kata sesebuah filem itu diharamkan, desakan macam mana sekalipun tetap haram juga.

Begitu juga apabila sesebuah filem itu diluluskan untuk tayangan, kritik yang sehebat mana sekali pun tidak akan mengubah keputusan LPFM. Tetapi apabila LPFM bergoyang macam lalang, susahlah untuk orang menghormati LPFM.

Isu terbaru ialah filem dokumentari Lelaki Komunis Terakhir arahan Amir Muhammad. Pada mulanya filem ini diluluskan untuk tayangan. Tetapi akhirnya keputusan itu ditarik balik dan filem itu diharamkan tayangannya.

Keputusan

Siapa yang membuat keputusan meluluskan dan siapa pula yang membuat keputusan mengharamkan? Apakah LPFM hanya boneka untuk pihak lain menggunakan label LPFM dan membiarkan dipergunakan secara tidak hormat seperti ini?

Sebelum ini LPFM pernah meluluskan tayangan filem Tjut Nyak Dhien di ntv7. Tetapi sehari sebelum siaran, kelulusan itu ditarik balik. Salahkah kalau orang ramai mempersoalkan pendirian LPFM dalam perkara seperti ini?

Saya mengharapkan filem Lelaki Komunis Terakhir diharamkan awal-awal lagi. Tujuannya supaya orang kita tidak membuang masa menghentam dan cuba menunjukkan patriotik tidak bertempat. Maka alangkah baiknya kalau diharamkan awal-awal lagi. Tetapi diluluskan pula.

Banyak orang mengkritik filem ini di akhbar sebelum menontonnya. Ini menunjukkan yang menjadi masalah kepada Lelaki Komunis Terakhir bukanlah kandungannya tetapi judulnya.

Apakah keputusan menarik balik kelulusan hanya berdasarkan kritikan di media? Kalau beginilah amalan LPFM, saya percaya semua orang akan kecewa. Bukan kecewa kerana tidak dapat menonton filem ini tetapi kerana LPFM tidak ada pendirian.

Sekiranya ada pihak lain memperalatkan LPFM untuk membuat keputusan “lawak” ini, tindakan tersebut sangat tidak adil kepada sebuah badan yang sewajarnya diberi kebebasan berdasarkan latar belakang anggota-anggota LPFM.

Sekadar harapan, kalau ada yang lebih berkuasa daripada badan ini, hormatlah keputusan LPFM. Moga-moga tidak ada campur tangan dari luar.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.