saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/05/2006

Tan Sri S.M. Salim resah kalau tidak menyanyi


DI KALA usianya 78 tahun dan kurang kudrat untuk berjalan, penyanyi veteran Tan Sri S. M. Salim tetap tidak boleh melupakan bidang nyanyian yang amat diminatinya.

Selepas 50 tahun bergelar penyanyi, seniman kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini akan berasa resah jika lama tidak menyanyi di pentas.

Justeru, tawaran mengadakan persembahan sempena Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa di Restoran Seri Melayu (RSM), Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada hari ini (13 Mei) pukul 12 tengah hari hari dirasakan S. M. Salim bagai pucuk dicita ulam mendatang.

“Saya sebenarnya sudah mula gian menyanyi selepas lama tidak mengadakan persembahan pentas. Dua tiga bulan lepas, saya tidak sihat.

“Tetapi sekarang saya sudah okay. Biasanya kalau saya sakit, selepas menyanyi saya akan rasa lebih sihat.

“Saya anggap menyanyi sebagai makanan jiwa saya,” kata S. M. Salim pada sidang akhbar di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar RSM, Shaari Darus, Eksekutif Kanan Pemasaran dan Jualan RSM, Noorulazwaliza Noh dan Penyelaras Makan dan Minuman RSM, Hamsaruddin Md. Saman.

Bapa kepada enam orang anak ini yakin mampu menjayakan persembahan tersebut walaupun terpaksa menyanyi di atas kerusi roda.

“Bagi saya, untuk hiburkan golongan ibu dan bapa tidak ada masalah kerana saya juga sebaya usia dengan mereka.

“Sebelum ini pun hampir saban tahun setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri saya akan pergi ke rumah orang-orang tua Seri Kenangan di Cheras bagi menghiburkan penghuni di situ secara percuma.

“Jadi, saya faham perasaan mereka. Lagipun selama ini saya pernah menghiburkan penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya yang akan muncul selama 45 minit pada persembahan tersebut.

Sementara itu, Shaari Darus berkata, ini adalah kali kedua RSM menjemput S. M. Salim mengadakan persembahan selepas muncul pada Hari Ibu di tempat yang sama pada 2001.

“Tetapi tahun ini kami menggabungkan Hari Ibu dan Hari Bapa secara serentak walaupun Hari Ibu disambut pada 13 Mei dan Hari Bapa pula 17 Jun di seluruh dunia,” ujarnya.

Pada persembahan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Apa Dah Jadi itu akan menyanyikan enam buah lagu.

Selain persembahan, Anugerah Ibu RSM 2006, Anugerah Bapa RSM 2006 dan Anugerah Ibu Anak Paling Ramai 2006 juga disediakan kepada para pengunjung bertuah.

Jualan meja berharga RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 disediakan untuk menyaksikan persembahan tersebut selain jualan tiket secara individu berharga RM65 dan RM35 tiap seorang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.