saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/05/2006

Demonstrasi paksa forum agama dibatal

PULAU PINANG 14 Mei - Satu forum umum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua' yang menyentuh tentang pertembungan undang-undang sivil dan syariah, terpaksa dibatalkan separuh jalan selepas lebih 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman membantah penganjurannya.

Demonstrasi kira-kira dua jam di hadapan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini dianjurkan oleh Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) atau BADAI yang dianggotai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kumpulan itu memegang sepanduk-sepanduk seperti `IFC Bunuh Aqidah,' `IFC Rampas Kuasa Mahkamah Syariah' dan `Jangan Rampas Hak Kami' bagi membantah penganjuran forum yang didakwa mereka membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Hamzah Md. Jamil berkata, pihak penganjur demonstrasi itu mematuhi arahan polis untuk bersurai kerana mereka tidak mempunyai permit untuk menganjurkan perhimpunan terbabit.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata, anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan itu sejak pukul 8 pagi ini bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

ACP Hamzah berkata, selepas perbincangan, penganjur forum iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 NGOs termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) bersetuju untuk membatalkan forum berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Turut berada di tempat berkenaan ialah Ketua Polis Negeri, Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Sementara itu, jurucakap forum itu yang juga anggota jawatankuasa penaja Pertubuhan Kebebasan Rakyat Malaysia, Haris Ibrahim berkata, forum yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi dan berakhir 1 petang itu terpaksa dibatalkan kira-kira pukul 10.15 pagi ini selepas mendapat nasihat polis.

Bagaimanapun menurutnya lebih 200 peserta mendaftar untuk mengikuti forum itu yang akan membincangkan mengenai Perkara 121 (A), dan bukannya membincangkan mengenai penubuhan IFC.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.