saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 18/05/2006

Sekolah harapan negara


HISHAMMUDDIN Tun Hussien (kiri) dan isteri, Tengku Marsilla Tengku Abdulah meraikan para penerima anugerah pada Malam Titian Gemilang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TUJUH sekolah dianugerahkan Sekolah Harapan Negara 2006 dalam kategori masing-masing sempena Hari Guru 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Sekolah mengikut kategori berkenaan ialah:

SEKOLAH HARAPAN NEGARA

* Sekolah Rendah Bandar Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara, Kota Kinabalu, Sabah.

* Sekolah Rendah Luar Bandar SK Sungai Isap

* Sekolah Menengah Bandar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sin Min

* Sekolah Menengah Luar Bandar SMK Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan

* Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang

* Sekolah Pedalaman SK Mensudut Pindah, Segamat, Johor

* Sekolah Pendidikan Khas SKPK Masalah Pendengaran, Semabok, Melaka

Anugerah Sekolah Harapan Negara merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kementerian Pelajaran terhadap segolongan guru (secara kolektif) di sebuah sekolah.

Anugerah tersebut mengiktiraf model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah lain.

Mereka boleh menilai secara ikhtisas tentang pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh pendidik di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan pada Malam Titian Gemilang yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

ANUGERAH GURU INOVATIF

Johan keseluruhan:

* SMK St. Mary, Sandakan Sabah (Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn, Mohd Nazri Abd. Rahman) dengan tajuk Mycard.

Kategori kumpulan:

* SMK St. Mary, Sandakan Sabah (Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn, Mohd Nazri Abd. Rahman) dengan tajuk MyCard

Kategori individu sekolah rendah

* Razali Yahya dari SK Batu Tiga, Kuantan, Pahang, dengan tajuk Aplikasi MAS BBD.

Sekolah menengah

* Norazamudin Umar dari SMK Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah dengan tajuk e-Tuition in Arabic.

Kategori prasekolah

* Abdul Ghani Abdul Hamid dari SK Tambun Tulang, Arau, Perlis dengan tajuk Huruf Mengikut Gaya Badan.

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK

Kategori guru:

Bahasa Melayu

Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Bahasa Melayu kategori guru dimenangi oleh Rohaidah Yon dari SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat Johor dengan tajuk Projek Elaeis Guineensis S&S.

Bahasa Inggeris

Kategori bahasa Inggeris dimenangi Patricia Ang dari SMK Nan Hwa, Sitiawan, Perak dengan tajuk The Eye of Heaven.

Kategori sekolah rendah:

Bahasa Melayu

Nur Hana Nabila Azizulkhir dari SK Kuala Kubu Bharu Dua, Selangor dengan tajuk Zara, Pelajar Yang Cemerlang.

Bahasa Inggeris

S. Sharannya dari SK Puteri, Seremban dengan tajuk A Dream Come True.

Kategori sekolah menengah

Bahasa Melayu

Dayang Nadiah Abang Abdul Salam dari SMK Tun Ismail, Batu Pahat, Johor dengan tajuk Laman Hatiku.

Bahasa Inggeris

Hong Chuen Lin dari SMK Kota Samarahan, Sarawak dengan tajuk The Paper Amulet.

PERTANDINGAN BAHAS

Pertandingan Bahas bahasa Melayu dimenangi oleh guru-guru dari Sarawak iaitu Benyamin Matusin, Fauzan Sapawi, Rapiah Barudin, Danin Dampa dan Hairolhamzi Bahroddin.

Bahas bahasa Inggeris pula dimenangi oleh guru-guru dari Kelantan iaitu Mohd Najib Omar, Muhaimin Saifuddin Roslan, Roslan Mohd Said, Nani Afeda Mohd Said dan Noor Adlin Gooi Abdullah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.