saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/05/2006

Marah Yasmin menyindir orang Melayu dalam Sepet, Gubra

PENGARAH-pengarah filem Melayu generasi baru seperti Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan rakan-rakan bukan Melayu mereka sekarang marah dan kecewa kerana tidak bebas membuat filem mengikut selera mereka.

Yasmin berasa orang Melayu masih kolot dan jahil kerana mengecam Sepet dan Gubra, dua filem arahannya yang bertemakan cinta gadis Melayu dengan pemuda Cina.

Amir pula marah kerana Lelaki Komunis Terakhir arahannya telah diharamkan.

Kedua-dua pengarah ini kecewa kerana sikap progresif mereka masih tidak diterima oleh umat Melayu, sedangkan di Singapura karya-karya mereka diterima baik dan ada pemodal di sana yang sedia membiayai filem-filem mereka.

Hairan juga, kenapa Singapura amat menyanjung Yasmin. Rakan-rakannya di sanalah yang menghantar filem-filemnya ke pesta-pesta filem di sana sini.

Ada baiknya Yasmin berhijrah ke seberang Selat Tebrau untuk berkarya sepuas hati di sana. Kita lihatlah adakah kebebasan yang dikatakan benar-benar wujud di sana.

Dalam ruangannya di sebuah akhbar Inggeris (13 Mei 2006), Yasmin menyuarakan rasa kesalnya terhadap segala kritikan terhadapnya dan menurutnya negara ini (orang Melayu) masih mengamalkan budaya menghukum.

Cubalah berbuat sesuatu yang berlainan, walaupun secara sederhana, anda boleh dikecam hebat di mata umum malah boleh diharamkan sama sekali, kata Yasmin.

Oleh itu, kata Yasmin, dia telah bertekad tidak akan menyertai sebarang pesta filem di Malaysia.

Yasmin kelihatan masih meraba-raba di dunia utopianya. Di zaman dunia tanpa sempadan ini semua filem akan mencetuskan pelbagai pemikiran dan pandangan.

Semua filem juga kena betul dari aspek politik dan sosial. Umpamanya yang jahat atau perbuatan jahat pasti menerima hukuman dan jenayah tidak membawa faedah.

Di samping mematuhi etika sejagat ini filem-filem Hollywood, Bollywood, Hongkong, Korea, Jepun dan lain-lain juga mengagungkan budaya negara masing-masing.

Kita jangan fikir Batman, Superman, Spiderman, Superwoman, Rocketman, Tarzan, Indiana Jones, Star Wars, Harry Porter malah The Incredibles hanya filem hiburan.

Tanyalah anak-anak kita, mereka pasti memandang tinggi terhadap Amerika dan bahasa Inggeris.

Jadi dalam konteks Malaysia, Yasmin kenalah faham bahawa kita masih mencuba menjadikan Bahasa Melayu bahasa perpaduan, jadi kenapa filem-filem Yasmin tidak mahu membantu misi negara ini.

Kalau misi ini tercapai nilai komersial filem-filem Yasmin akan datang juga meningkat kerana Bahasa Melayu difahami semua kaum. Yasmin tidak boleh berkata: Promoting bahasa Melayu is not my goddam business.

Syukurnya, Allah telah menunjukkan beberapa kejadian untuk menyedarkan orang-orang Melayu liberal bahawa di zaman ini filem bukanlah semata-mata medium hiburan.

Pertama, umat Kristian Katholik sekarang amat marah dengan filem Da Vinci Code yang mendakwa Nabi Isa sebenarnya telah berkahwin dengan Lady Magdalene dan mempunyai anak. Sebelum ini, umat Kristian juga marah dengan filem The Last Temptation of Christ.

Sekarang filem Marock arahan pengarah wanita Maghribi Laila Marrakchi yang bersuamikan seorang Yahudi telah menimbulkan kemarahan umat Islam serta rakan-rakan pengarahnya.

Marock mengisahkan percintaan antara gadis Islam dengan jejaka Yahudi dan menyelitkan adegan bercium.

Aku tak kisah tentang agama. Aku hanya mahu mengucup engkau di mana aku suka bila aku suka,'' kata Rita, watak gadis Islam dalam filem itu.

Dan sekarang rakyat Laos naik marah dengan sebuah filem komedi Thai yang dikatakan menghina mereka. Filem cereka itu memaparkan sepasukan bola Laos yang berjaya ke Piala Dunia.

Kementerian Luar Thailand dikatakan memandang berat terhadap filem itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan dengan negara jirannya.

Kalau umat Islam Maghribi marah dengan pengarah Laila, saya juga berasa marah dan kecewa dengan Yasmin kerana dalam Sepet dan Gubra dia pandai-pandai menyindir Bahasa Melayu, orang Melayu dan agama Islam.

Mengenai Lelaki Komunis Terakhir, secara langsung atau tidak langsung ia tetap memaparkan kisah perjuangan Komunis di Malaya pimpinan Chin Peng.

Kita semua tahu perjuangan kemerdekaan bermula sejak kejatuhan Melaka lagi dan selepas pengambilan negeri-negeri Melayu oleh British.

- SAAD HASHIM,

Ampang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.