saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/05/2006

Seniman khat China bangga Utusan Melayu wujud semula

JOHOR BAHRU 19 Mei - Seniman kaligrafi Cina dan khat Islam antarabangsa dari Beijing, China, Abdul Hakim Liu, 70, bangga dengan kewujudan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan di negara ini sejak 1 Mei lalu.

Menurutnya, ini kerana akhbar yang menjadi sisipan Utusan Malaysia pada setiap Isnin itu akan menjadi warisan kepada generasi Melayu akan datang.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara Islam, akhbar jawi perlu terus wujud kerana tulisannya berasaskan al-Quran dan sekali gus merupakan tulisan ilmu.

“Di China sendiri terdapat majalah dan akhbar yang menggunakan tulisan jawi dan dibaca secara meluas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Melayu Mingguan diwujudkan semula oleh Kumpulan Utusan selepas dihentikan penerbitannya pada 29 Januari lalu. Akhbar itu berbentuk sisipan dalam Utusan Malaysia pada setiap Isnin.

Abdul Hakim yang lebih dikenali Master Liu Jingyi berharap, masyarakat Islam di negara ini memelihara dengan baik Utusan Melayu Mingguan agar akhbar itu terus wujud di negara ini.

Sementara itu, menurutnya, sebagai penggabung tulisan khat dan kaligrafi China, beliau sedia ‘mewariskan' ilmunya kepada rakyat negara ini terutama di kalangan umat Islam.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk menyampaikan ceramah jika diundang oleh universiti atau kolej di negara ini,'' katanya.

Menyentuh Pameran Seni Khat Muslim Malaysia di Johor mulai esok, Abdul Hakim berkata, hasil jualan seni khat dan kaligrafi Cina itu akan disalurkan kepada beberapa buah masjid yang daif di wilayah Mongolia Dalam, China.

Menurutnya, Malaysia dijadikan perintis pameran ekoran rakyatnya yang begitu prihatin terhadap saudara Islam di negara lain serta pemurah.

“Saya yakin rakyat Malaysia tidak akan menghampakan hasrat kami untuk menghulurkan bantuan kepada masjid-masjid berkenaan,'' katanya.

Beliau yang pernah menjadi imam di masjid Chifeng, Mongolia Dalam dari 1995 hingga 2000 akan turut mengadakan pameran serupa di beberapa negara lain termasuk London tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.