saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 22/05/2006

Persepsi betul tentang filem

KONTROVERSI paling hebat yang melanda sebuah filem alternatif, Lelaki Komunis Terakhir adalah satu petanda baik kepada industri filem tempatan. Kontroversi ini juga boleh dilihat sebagai kayu ukur kesedaran terhadap filem.

Tanpa mendebatkan mengarut atau tidak kontroversi tersebut, secara positif ada semacam kebimbangan apabila ada filem didakwa membawa nilai-nilai yang tidak baik. Alangkah baiknya kalau kebimbangan ini sebenarnya satu kesedaran?

Tentu lebih baik lagi kalau kesedaran terhadap filem-filem yang “tidak baik” ini datangnya daripada khalayak umum dan bukannya satu pihak yang mendakwa mewakili orang ramai.

Tidak mengapalah, kita anggap saja bantahan terhadap filem itu datangnya daripada khalayak umum. Kita anggap juga mereka ini mempunyai satu tanggungjawab besar untuk membetulkan filem tempatan yang senget dan tempang sekarang ini.

Sebenarnya suatu yang sangat baik kalau khalayak mempunyai kesedaran terhadap filem yang mereka tonton. Mereka tentunya tidak akan memilih filem-filem yang “merosakkan” minda waima dilabelkan sebagai filem tempatan.

Kita berharap malah berdoa selepas Lelaki Komunis Terakhir dipersoalkan tujuannya, selepas ini kita persoalkan juga sekian banyak filem-filem kita yang buruk di pawagam.

Menonton atau membiarkan khalayak menonton karya-karya filem yang buruk memberikan kesan yang lebih buruk daripada Lelaki Komunis Terakhir. Nah, mulai sekarang penonton tempatan mesti memilih filem-filem yang tidak memusnahkan masa depan idealisme mereka.

Bantahan terhadap Lelaki Komunis Terakhir diharap dilangsungkan terhadap filem-filem lain yang tidak mencapai piawaian untuk ditonton. Dalam keadaan kita menolak apa saja yang dikaitkan dengan komunis, kita yang menghuni sebuah negara semaju Malaysia, wajar juga menolak filem-filem jumud yang tidak setaraf dengan kemajuan kita.

Filem tempatan bukan lagi filem yang menagih simpati. Kalau tidak baik, pinggirkan saja filem berkenaan. Penonton mesti menyedari bahawa mereka mendiami sebuah negara yang maju. Mereka bukan mendiami negara yang mundur seperti Vietnam atau Laos. Malah kedua-dua negara ini mempunyai selera filem yang jauh lebih tinggi.

Penonton filem tempatan mesti sedar bahawa sudah lama mereka dijamu dengan hidangan yang tidak berkhasiat. Jangan kerana label filem tempatan, maka filem yang buruk pun mesti ditonton. Ingat, filem yang buruk juga sangat bahaya. Maka bijaksanalah gunakan kuasa sebagai penonton.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.