saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/05/2006

Kerajaan tetap haramkan Lelaki Komunis Terakhir

PUTRAJAYA 24 Mei - Kerajaan tetap dengan keputusan mengharamkan tayangan filem Lelaki Komunis Terakhir yang sepatutnya ditayangkan di negara ini pada 18 Mei lalu, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, keputusan tersebut tidak berubah meskipun ia dibawa pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

``Hendak bincang apa, kita sudah buat keputusan. Saya telah bercakap tadi, keputusan adalah kekal,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan laporan akhbar Selasa lalu yang memetiknya sebagai berkata, filem itu mungkin akan ditayangkan kepada ahli MT sebelum keputusan diambil sama ada untuk mengharamkan atau sebaliknya.

Isnin lalu, filem tersebut dipertontonkan kepada Ahli Parlimen dan media di Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Selepas menontonnya, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berpendapat dari sudut seni, filem tersebut tidak menimbulkan kontroversi.

Bagaimanapun beliau bersependapat dengan Radzi bahawa penayangan filem tersebut adalah tidak wajar kerana ia sekadar memaparkan pandangan beberapa kelompok penduduk di Selatan Thailand.

Filem berkenaan pada mula diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetapi ditarik balik mengikut Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002, kira-kira dua minggu sebelum tarikh tayangannya yang dijadualkan 18 Mei lalu.

Filem bercorak dokumentari semi muzikal itu mengisahkan mengenai bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada awal kehidupannya sebelum menyertai komunis.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.