saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/05/2006

Erra Fazira luahkan perasaan dalam lagu


Walaupun cuba menyembunyikan rahsia hatinya, tapi sepanjang sesi pradengar album Ya Atau Tidak, wajah Erra Fariza menceritakan gelodak hatinya.



Apakah yang terdetik dalam minda kita apabila terpandang penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira pada masa ini?. Tidak lain tidak bukan pastinya mengenai kemelut rumah tangga Erra bersama suaminya, Yusry.

Erra pernah meminta jangan ditanya lagi mengenai rumah tangganya tetapi fokuslah kepada kerjayanya. Bagaimanapun, apabila wartawan berkesempatan menemuinya akan terpacul juga soalan tersebut.

Ketika sesi pradengar album terbarunya, Ya Atau Tidak, diadakan di pejabat Sony BMG (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini, dalam nada tenang Erra berkata:

“Segala masalah yang ada semuanya under control. Bohonglah kalau saya kata tak ada masalah, sedangkan masalah ada di depan mata. Tapi kita pandang pada sudut yang positif. Kehidupan mesti diteruskan. Lagipun sekarang ini saya sibuk dengan segala macam aktiviti seni. Selepas ini saya akan sibuk dengan promosi album ini pula. Bukan tujuan saya menyibukkan diri untuk mengelak daripada masalah.”

Kata Erra, pengalaman berbelas tahun dalam industri seni telah mengajarnya pelbagai perkara.

“Dalam kerja kita ini, kita sentiasa berdepan dengan penonton dan perlu berinteraksi bersama mereka. Tak perlulah nak kongsi dengan orang ramai segala masalah kita. Saya tidak akan tunjuk muka yang murung atau bermasalah. Saya masih dapat membezakan antara peribadi dan kerja,” katanya.

Erra memohon kepada semua pihak agar memfokus kepada kerjayanya yang lebih penting buat masa ini.

Album baru

Erra begitu teruja apabila menceritakan mengenai album baru yang merupakan album ketujuh sepanjang pembabitannya dalam industri seni.

Kata Erra, “Saya mahu berkongsi segala cerita yang ada melalui album terbaru ini. Saya melahirkan segala ekspresi menerusi lagu-lagu saya.

“Lirik-lirik lagu dalam album terbaru ini begitu istimewa bagi saya. Ia begitu dekat dengan saya dan sangat bermakna.”

Malah Erra tidak kisah apa jua persepsi yang bakal bermain dalam fikiran peminatnya. Dia tidak kisah jika ada peminat terus-menerus meneka apakah penamat kepada cerita rumah tangganya.

“Saya tak boleh hendak kawal tanggapan orang ramai. Saya serah kepada peminat. Biarpun apa jua persepsi orang, saya terima.

“Apa yang saya rasa semuanya telah saya luahkan dalam lagu. Ini merupakan luahan hati saya dan kalau kita nak menyanyi pun kena ada tempiasnya. Barulah ada feeling untuk menyanyi,” kata Erra.

Album terbitan Sony BMG ini bakal berada di pasaran pada 12 Jun. Memuatkan 10 buah lagu, antara komposer dan penulis lirik yang terlibat ialah Adnan Abu Hassan, Edry KRU, Audi Mok, Ross Ariffin, Johan Farid Khairuddin, Omar K, Cat Farish, Habsah Hassan, Ireani Yaacob dan Shah.

Dalam album ini terdapat sebuah lagu dalam bahasa Bangkahulu iaitu Wang Kitey Galey. Lagu-lagu lain antaranya Kekasih Misteri, Hadirnya, Impi Kita, Bermula Detik Ini, Kembalilah, Bermula Dengan Mimpi dan Ya Atau Tidak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.