saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/06/2006

Gol & Gincu daripada filem ke drama bersiri


Barisan pelakon drama bersiri Gol & Gincu yang akan menemui penonton 8TV pada Ahad ini.


MENYEDARI futsal merupakan sukan kegilaan masa kini, 8TV tidak teragak-agak untuk memaparkannya di kaca stesen televisyen itu. Ilham tersebut sedikit sebanyak telah mencetuskan idea kepada Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar untuk membawa filem Gol & Gincu menjadi drama bersiri di stesen TV itu.

Kebetulan filem tersebut menggambarkan kehidupan remaja yang meminati sukan itu.

Biarpun sambutan filem tersebut kurang memberansangkan semasa ia ditayangkan dua tahun lalu, namun Izham percaya ia merupakan sebuah produksi yang baik dan jika diketengahkan sebagai sebuah drama bersiri ia mampu mempunyai pengikutnya sendiri.

“Futsal sangat diminati pada masa ini. Saya yakin dengan jalan cerita yang segar, transformasi filem Gol & Gincu ke drama bersiri dapat menambahkan bilangan penonton 8TV,” kata Izham ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri tersebut di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur.

Gol & Gincu The Series bakal menemui penonton 8TV mulai Ahad 4 Jun ini pukul 10 malam. Drama bersiri 13 episod itu menyaksikan perkembangan plot dan karakter filem Gol & Gincu.

Sementara itu, Eksekutif Produser Red Communications, Lina Tan berkata, drama bersiri itu merupakan satu idea yang bagus kerana setiap karakter dalam filem tersebut dapat dikembangkan.

“Bagi saya drama bersiri ini satu idea yang baik. Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Apabila mendapat peluang ini saya sangat teruja.

“Kami turut mencipta dua watak baru bagi menyerikan lagi drama tersebut, iaitu Ayu lakonan Mazlina Hasan dan Haikal lakonan Razif Hashim Natt,” kata Lina.

Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Nur Fazura, Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Zarina Zainuddin, Rafidah Abdullah dan Kartini Kamalul Ariffin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.