saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 01/06/2006

Halim Saad bantah Cherie Blair sebagai QC


KUALA LUMPUR 31 Mei - Ahli perniagaan yang dikaitkan dalam kes Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac), Tan Sri Halim Saad hari ini memfailkan bantahan terhadap permohonan isteri Perdana Menteri Britain, Cherie Blair sebagai Queen's Counsel (QC) dalam rayuan penuh Metramac di Mahkamah Persekutuan.

Halim yang merupakan pencelah dalam kes rayuan itu memfailkan usul pemula yang disokong oleh afidavit oleh peguamnya, Jason Wee Heng Loong di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini.

Dalam afidavit Heng Loong, 30, yang diterima oleh pejabat Utusan Malaysia melalui faksimile hari ini, beliau menyatakan bahawa peguam tempatan mempunyai pengalaman dan berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut kerana ia bukanlah kes yang rumit.

Tambahan pula, dakwanya, mahkamah-mahkamah tempatan telah pernah mendengar isu yang sama pada masa lalu dan telah pun memberikan penghakiman tanpa kehadiran QC.

Afidavit itu juga menyatakan bahawa Blair tidak memiliki kelayakan istimewa atau berpengalaman dalam isu tersebut, terutamanya apabila ia berkaitan dengan soal memadamkan komen-komen hakim yang tidak terdapat dalam perundangan Britain.

Ini kerana, katanya, pihak pencelah bergantung kepada kes-kes rujukan yang kesemuanya dari mahkamah di India yang diterima pakai oleh mahkamah di negara ini.

Heng Loong seterusnya memohon permohonan itu ditolak dengan kos dengan alasan ia adalah remeh dan bertujuan semata-mata untuk melengah-lengahkan prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Blair untuk diterima masuk sebagai QC dalam rayuan itu akan didengar oleh Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas pada Jumaat ini.

Blair bagaimanapun yang tidak akan hadir di mahkamah pada hari tersebut kerana beliau akan diwakili oleh pihak yang berhasrat mendapatkan khidmatnya.

Pada 15 Mei lalu, peguam Datuk Dr. Cyrus V. Das yang mewakili Fawziah Holdings memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan khidmat QC bagi mewakili syarikat itu dalam rayuan penuh Metramac di Mahkamah Persekutuan pada 14 Jun ini.

Ia dibuat selepas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang mengetuai sidang bersama empat hakim Mahkamah Persekutuan, membenarkan permohonan Metramac bagi merayu ke mahkamah itu.

Rayuan Metramac akan didengar serentak dengan permohonan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Halim untuk memadamkan komen-komen terhadap mereka.

Dalam penghakiman bertulis, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dikatakan mengeluarkan komen-komen negatif terhadap kedua-dua tokoh itu berhubung kaitan mereka dengan Metramac.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Daim dan Halim untuk mencelah dalam rayuan Metramac dan jika dibenarkan seterusnya memadamkan komen-komen negatif terhadap mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.