saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 05/06/2006

61 calon tanding pemilihan MIC


KUALA LUMPUR 4 Jun - Sebanyak 61 calon akan bertanding dalam pemilihan MIC pada 24 Jun ini, sekali gus mencipta jumlah terbesar calon bertanding dalam sejarah 60 tahun parti itu.

Ini termasuk 52 orang yang akan bersaing merebut 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pemilihan MIC kali ini turut menyaksikan semua jawatan dipertandingkan, kecuali jawatan Presiden apabila Datuk Seri S. Samy Vellu mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal ke-10.

Pada penamaan calon hari ini, Naib Presiden MIC, Datuk G. Palanivel mengesahkan keputusan mencabar Datuk S. Subramaniam bagi jawatan Timbalan Presiden.

Palanivel, yang juga `orang Presiden' merupakan antara paling awal menyerahkan kertas pencalonan kira-kira pukul 10.30 pagi iaitu setengah jam selepas tempoh pencalonan dibuka.

``Selepas ini (selepas penamaan calon) saya akan teruskan tugas seperti biasa.

``Tugas saya adalah kempen saya,'' kata Palanivel yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Subramaniam yang dikenali sebagai `Makkal Thalaivar' atau `pemimpin masyarakat' dalam MIC, akan dicabar kali kedua sejak menyandang jawatan tersebut pada 1981.

Beliau menyerahkan kertas pencalonan kira-kira pukul 11 pagi.

``Saya yakin akan mengekalkan jawatan saya sekali lagi, berdasarkan rekod dan sumbangan cemerlang saya kepada parti,'' katanya.

Keadaan di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini tegang seketika, apabila penyokong Subramaniam, bersorak, sebaik sahaja beliau tiba di luar bangunan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Penyokong Subramaniam, berarak sambil menjulang bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu sehingga ke pintu utama bangunan ibu pejabat MIC, sebelum `disergah' oleh penyokong `Presiden' agar tidak membuat bising kerana menurut mereka, Subramaniam belum pun menang.

Menurut pemerhati politik, pemilihan MIC kali ini, merupakan paling sengit selepas pemilihan parti itu pada 1989, yang menyaksikan Subramaniam tewas kepada Samy Vellu bagi jawatan Presiden MIC.

Seramai tujuh calon akan berentap bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden.

Mereka termasuk dua penyandang yang merupakan `orang Presiden' iaitu Tan Sri K. S. Nijhar, yang juga anggota Parlimen Subang dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S. Veerasingam.

Setiausaha Agung MIC yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar, Datuk S. Sothinathan, seorang lagi `orang Presiden' turut bertanding jawatan yang sama.

Empat calon lain bagi jawatan Naib Presiden termasuk dua tokoh veteran Datuk M. Muthuppalaniappan dan Datuk V.K.K. Teagarajan; muka baru P. Thiagarasan seorang ahli perniagaan dan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Sri Rusa, E.M Yohevel.

Daripada 52 orang yang bertanding merebut 23 kerusi CWC, enam daripada mereka adalah wanita.

Seramai 20 orang penyandang jawatan CWC turut mempertahankan kerusi masing-masing.

Pemerhati politik menyifatkan pemilihan MIC kali ini sebagai pertarungan antara barisan `orang Presiden' dengan calon `persendirian' termasuk Subramaniam, yang tidak membentuk sebarang pasukan.

Dua puluh tujuh atau hampir separuh daripada 61 orang yang bertanding pada pemilihan kali ini merupakan barisan `calon Presiden', diketuai oleh Palanivel.

Risalah yang menyenaraikan nama dan gambar barisan `calon Presiden' turut diedarkan kepada perwakilan dan ahli-ahli MIC yang hadir menyaksikan proses penamaan calon tersebut.

Di hadapan risalah itu tertera gambar Samy Vellu manakala di bahagian belakang disertakan `senarai barisan Presiden'.

Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut menyaksikan proses penamaan calon itu berkata, beliau menyokong calon-calon yang sanggup bekerja selama 16 jam bersama-samanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC, Datuk K. Vijanathan ketika mengumumkan senarai pencalonan itu berkata, jawatankuasa tersebut menerima 62 pencalonan termasuk dua bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden (tujuh) dan CWC (53).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.