saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 08/06/2006

Bangsawan Naga Chini persembahkan lakonan mantap


ARUS Putra sedang bertarung dengan Gempita Sakti (Ako Mustapha).


USAHA mengetengahkan beberapa pelakon filem dan selebriti seperti Ako Mustapha, Jehan Miskin, Serina Redzuawan dan Zuliana Abd. Aziz (Jue) oleh pengarah Sufiat Mukri nyata berbaloi apabila penampilan mereka di pentas Bangsawan Naga Chini mendapat sambutan penonton.

Kesemua pelakon itu dilihat berkebolehan berlakon teater walaupun mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk berlatih.

Bangsawan Naga Chini sedang dipentaskan sehingga 13 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Beberapa kelemahan dilihat agak ketara pada pementasan itu terutama apabila beberapa babak dalam pementasan itu mengambil masa terlalu panjang sehingga lebih lima minit.

Kelewatan itu mungkin tidak ketara tetapi ia boleh menyebabkan penonton resah kerana ia sekali gus menjadikan pementasan itu seolah-olah tidak berjalan dengan lancar.

Walaupun ia tidak menjejaskan mutu pementasan tersebut namun usaha memperbaikinya perlu dilakukan bagi menjaga mutu pementasan.

Kegigihan para pelakon yang menjayakan pementasan bangsawan itu menjadikan khalayak begitu terhibur dengan aksi masing-masing.

Dialog yang mereka lontarkan menjiwai watak-watak dalam Naga Chini. Lebih menarik, pakaian tradisi Orang Asli di hutan paya dan darat yang dipaparkan dalam bangsawan ini menjadikan cerita mitos dan legenda rakyat itu mampu menarik generasi muda untuk menyaksikan pementasan tersebut.

Selingan nyanyian dan muzik yang dipersembahkan oleh sekumpulan sembilan anggota Al-Sari Ghazal Party mengembalikan kesenian bangsawan tradisional yang semakin terhakis.

Kelancaran gabungan muzik moden dan tradisional yang mengiringi persembahan itu oleh pemuzik pengiring yang diketuai oleh Pengarah Muzik, Suhaimi Md. Zain (Pak Ngah) menjadikan Naga Chini lebih ceria dan tidak membosankan.

Kebijaksanaan pereka set pentas Naga Chini menggabungkan teknik multi media dalam menghasilkan latar hutan, paya dan bukit patut dipuji.

Lebih mencuit hati bila watak taukeh bangsawan yang diterajui oleh pelakon veteran Aziz Sattar ditampilkan. Kebolehan Aziz berceloteh secara bersahaja membuatkan khalayak yang memenuhi panggung Istana Budaya tidak kering gusi.

Ketika ditemui selepas pementasan itu, pengarah Sufiat Mukri mengakui bangsawan yang diarahnya mampu menarik perhatian kerana kekuatan watak-watak para pelakon yang menjayakan pementasan itu terutama muka-muka baru.

“Saya begitu kagum dengan kebolehan para pelakon seperti Ako, Serina, Jue dan Jehan yang memberikan kerjasama mantap dalam menjayakan pementasan ini.

“Walaupun mereka masih baru dalam pementasan bangsawan, tapi mereka begitu komited dan bersemangat untuk berlakon dengan pelakon lama seperti Juhaya Ayob.

“Kerjasama mereka dalam menjiwai watak memberikan satu lakonan yang begitu mantap dan sewajarnya dipuji oleh khalayak,” katanya.

Sufiat menjelaskan, walaupun ada khalayak yang ternampak beberapa kelemahan pada malam pertama pementasan Naga Chini, namun ia akan diperbaiki pada malam-malam berikutnya.

“Saya menyedari ada beberapa kelemahan yang kecil, tetapi ia akan diatasi secepat mungkin,” tambahnya.

Apa kata pelakon?

Ako Mustapha, 35

“Saya menggunakan sepenuhnya pengalaman berlakon dalam bangsawan sebelum ini untuk menghasilkan satu persembahan terbaik bagi pementasan kali ini,” kata Ako yang melakonkan watak Arus Putra dalam Naga Chini.

Ako pernah melakonkan 15 teater termasuk teater Inggeris.

Zuliana Abd. Aziz (Jue), 23

“Sebagai pelakon baru saya rasa bangga kerana telah diberikan kepercayaan melakonkan watak utama sebagai Putri Mayang Sari pada pementasan ini.

“Saya menghayati bersungguh-sungguh watak yang diberikan kepada saya. Karakternya memerlukan saya menjiwai watak lembut dan tegas,” kata Jue yang pernah berlakon dalam filem Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir dan Tipah Tertipu.

Komen Penggiat Seni

Sutung Umar

Sutung Umar ialah antara penggiat seni yang turut menyaksikan pementasan malam pertama Bangsawan Naga Chini di Istana Budaya pada 6 Jun lalu.

Katanya: “Persembahan pada malam ini amat berjaya. Penggunaan gabungan teknologi moden dalam menghasilkan set pementasan amat kreatif.

“Saya dapati kebolehan tenaga kerja bangsawan ini banyak memberikan kekuatan baru dalam seni persembahan bangsawan tradisional di negara ini.”

Menurutnya, sektor swasta perlu membantu menaja pementasan bangsawan di negara ini yang mempunyai penggiat seni yang kreatif.

Azhar Abu Bakar, Ketua Pengarah Istana Budaya

Menurut Azhar, pihaknya telah menggunakan sepenuhnya teknologi canggih di Istana Budaya untuk mengetengahkan Bangsawan Naga Chini yang bermutu itu.

“Walaupun teknologi baru itu dimasukkan tetapi ia masih mengekalkan tradisi bangsawan walaupun watak sultan dan raja tidak diperkenalkan dalam pementasan kali ini,” kata Azhar.

Sinopsis

Bangsawan Naga Chini diangkat daripada legenda terkenal Tasik Chini di Negeri Pahang. Ceritanya berpusat kepada pertentangan antara Arus Putra (Jehan) dan abang kembarnya Gempita Sakti (Ako).

Cerita dimulakan dengan kedatangan rombongan dari Kemboja Sari yang diketuai oleh Aria Cakra, Penglipur dan Panglima untuk mencari Kota Gelanggi yang hilang sehingga mereka sampai di Paya Chini.

Rombongan tersebut ditangkap oleh Arus Putra namun mereka berjaya dilepaskan oleh Adi Guru (Yalal Chin). Pertentangan menjadi tegang apabila Arus Putra mengetahui bahawa bakal isterinya, Putri Mayang Sari (Jue) berada di tangan abang kembarnya. Arus Putra menyerang Gempita Sakti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.