saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/06/2006

Isteri Ketua Polis Negara meninggal dunia


MOHD. Bakri Omar (tengah) dan cucunya, Nur Sabrina Ahmad Nizar menabur bunga rampai ke atas pusara isterinya, Allahyarham Zeleha Mohamed (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Jun - Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar, meninggal dunia akibat komplikasi tekanan darah tinggi dan angin ahmar di kediamannya di Jalan SS 22/31, Damansara Utama, di sini awal pagi ini.

Allahyarham Puan Sri Zeleha Mohamed, 57, meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi selepas menderita sakit akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Supritendan Mohamad Daud berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga terdekat selepas mengadu sesak nafas.

Menurutnya, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin, Damansara Utama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada kira-kira pukul 2 petang ini.

Allahyarham berasal dari Batu Kurau, Taiping, Perak berkahwin dengan Mohd. Bakri 36 tahun lalu dan meninggalkan tiga orang anak iaitu Erda Mastura, 33, dan sepasang kembar lelaki, Mahathir dan Mahadi, 27.

Allahyarham yang juga bekas pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Selangor merupakan pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) sejak tiga tahun lalu.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di kediamannya ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum; Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdihardjo.

Antara kenamaan lain yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isteri, bekas-bekas Ketua Polis Negara termasuk Tan Sri Rahim Noor, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari dan para pegawai kanan PDRM dari seluruh negara.

Sementara itu, Pakar Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohamed Saffari Mohamed Haspani memberitahu, Zeleha menunjukkan tanda positif yang penyakitnya semakin pulih dan dibenarkan keluar hospital dua minggu lalu.

Katanya, kali terakhir Allahyarham menemuinya di klinik Neuro HKL ialah pada tengah hari semalam untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.