saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/06/2006

Akademi Fantasia 4 gudang lama ganti banglo mewah

SEGALA-galanya kelihatan eksklusif dan mewah apabila kita melangkahkan kaki ke dalam bangunan Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

Hiasan dalaman akademi itu yang juga menempatkan asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan berkonsepkan elemen kontemporari, santai dan moden menggunakan warna hijau dan semula jadi sebagai temanya.

Tetapi para peminat AF4 jangan terkejut untuk mengetahui bangunan asalnya merupakan sebuah gudang lama di kawasan perindustrian.

Gudang lama yang terbiar kosong selama hampir setahun itu terletak di Seksyen 26, Kawasan Perindustrian HICOM, Shah Alam, Selangor.

Tahun ini tiada lagi tersergam tiga banglo besar yang indah seperti dalam AF yang lalu.

Apa yang menakjubkan, kerja-kerja mengubahsuai gudang itu hanya bermula sejak pertengahan Mei lalu dan mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.

Petang Jumaat lalu, sekumpulan pihak media telah dibawa oleh Astro melawat akademi yang menempatkan 12 pelajar yang mula mendaftar masuk sejak 29 Mei lalu sejurus Konsert Prelude AF4 selesai.

Nora atau Nordawati Daud, 20, menjadi pelajar pertama yang tersingkir pada konsert pertama minggu lalu.

Ketika lawatan itu, kesemua 11 pelajar AF4 tidak berada di akademi itu kerana menjalani latihan akhir di Dewan Sivik, Petaling Jaya bagi menghadapi konsert kedua AF4 yang berlangsung semalam.

Faizal Mohd. Zulkifli ialah orang bertanggungjawab mengubahsuai akademi itu untuk keperluan pelajar.

Ini adalah kali keempat Pereka Produksi Astro itu memberikan sentuhan idea kreatifnya untuk program AF.

Faizal nyata bijak bermain dengan warna terang yang garang seperti merah mengikut ruang-ruang tertentu.

Menurut Faizal, 33, pemilihan gudang sebagai akademi pada tahun ini bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan.

Pihaknya sudah mencadangkan untuk menjadikan gudang sebagai akademi sejak AF2 lagi.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab mereka bentuk akademi, saiz lokasi yang luas dan besar amat diperlukan supaya para pelajar mendapat keselesaan untuk diletakkan di bawah satu bumbung.

“Pada AF yang lalu, kami memerlukan dua buah banglo untuk asrama lelaki dan perempuan dan sebuah banglo untuk akademi.

“Pada tahun ini gudang merupakan tempat yang sesuai bagi sebuah akademi berbanding banglo,” kata Faizal yang berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang seni reka.

Apabila ditanya mengenai kos pengubahsuaian gudang untuk dijadikan sebuah akademi, kata Faizal, jumlah keseluruhannya hampir RM500,000.

“Kerja-kerja pengubahsuaian pula melibatkan seramai 50 orang tenaga kerja,” jelasnya.

Kualiti yang tinggi, kata Faizal, menjadi keutamaannya ketika mereka bentuk konsep akademi itu.

Bagi mencetuskan kelainan, Faizal memberi sentuhan warna hijau melalui pokok-pokok yang menghiasi ruang dalaman akademi tersebut.

Peraturan baru

Sementara itu, menurut Penerbit Eksekutif Produksi Melayu Astro, Nor Shahila Harun Shah, terdapat peraturan baru dilakukan oleh pihak pengurusan untuk memastikan keselesaan pelajar.

Ini termasuklah menempatkan kesemua para pelajar lelaki dan perempuan masing-masing di dalam satu bilik tidur yang sama berbanding AF lalu apabila dua orang pelajar berkongsi satu bilik.

“Apa yang kami perhatikan, para pelajar lebih gemar berkumpul dan tidur di dalam satu bilik terutama pelajar perempuan,” ujarnya ketika mengetuai lawatan pada petang itu.

Kata Nor Shahila, asrama pelajar lelaki dan perempuan juga dilengkapi dengan perabot asas serta peralatan elektrik.

“Namun tiada sebarang kamera yang merakamkan gerak geri mereka di dalam bilik tidur. Ini kerana tempat itu merupakan hak peribadi mereka,” jelasnya.

Menurut Nor Shahila, jadual para pelajar AF3 bermula seawal 8 pagi dan akan tamat kira-kira pukul 10 malam manakala waktu santai diberikan hingga pukul 12 malam.

Katanya lagi, AF musim ini turut menyediakan pelbagai kemudahan lain kepada para pelajarnya yang melibatkan soal kesihatan dan waktu senggang mereka.

“Kami menyediakan ruang gimnasium dan meja pool untuk mereka beriadah,” tambahnya.

Gudang dua tingkat

Terdapat lima bilik di tingkat bawah akademi itu yang menempatkan asrama lelaki, asrama perempuan, bilik kawalan produksi, bilik kawalan audio dan bilik broadband.

Sementara di tingkat atasnya pula terdapat lapan bilik yang menempatkan bilik pengetua dan kelas-kelas seperti persembahan vokal dan teknikal, tarian, seni persembahan, imej dan motivasi.

Turut disediakan adalah ruang senaman dan riadah, ruang makan dan dapur, ruang tamu utama dan penilaian konsert serta bilik Aktifkan sempena nama penaja utama Hotlink.

Para pelajar juga ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar bagi tujuan memastikan mereka menumpukan sepenuh perhatian di akademi.

Di dalam akademi itu, sebuah ruang dikhaskan untuk juara-juara Akademi Fantasia yang dinamakan Galeri Gemilang.

Ruang itu memaparkan foto-foto juara Akademi Fantasia lalu sebagai sumber inspirasi pencetus semangat ‘Menuju Puncak’ di dalam diri para pelajar.

Berbanding tiga banglo mewah yang berasingan dalam AF1, AF2 dan AF3, akademi kali ini bakal menyebabkan para pelajar kurang mendapat cahaya matahari kecuali apabila mereka keluar ke konsert mingguan dan ke tempat-tempat ibadat sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.