saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/06/2006

Tipah Tertipu judul filem yang mengelirukan

Filem: Tipah Tertipu The Movie
Pengarah: Ahmad Idham
Lakon layar: Mamat Khalid dan Bront Palarae
Pelakon: Anggota kumpulan Ruffedge, Intan Ladyana, Bront Palarae, Adlin Aman Ramlie dan Ismail Din

Filem ini adalah satu percubaan yang menarik sebenarnya. Ia berdasarkan sebuah lagu yang popular nyanyian Kumpulan Ruffedge dan judul lagu itu sendiri pula berdasarkan petikan dialog daripada sebuah filem yang pernah popular pada tahun 1980-an dahulu iaitu filem Ali Setan. Jika anda masih ingat, dalam filem Ali Setan terdapat satu watak bernama Latipah (lakonan Sheila Majid) yang melafazkan dialog bahawa dia telah diperdaya oleh teman lelakinya. Dialog yang kedengaran lucu itu telah menghasilkan ungkapan agak popular di kalangan penonton ketika itu dan seterusnya dijadikan lagu oleh Kumpulan Ruffedge.

Dialog ‘Tipah tertipu’ yang diungkapkan Sheila dalam filem itu juga telah memberi ilham kepada Mamat Khalid (pengarah/penulis filem Man Laksa, Rock dan Lang Buana) dan Bront Palarae untuk menghasilkan filem Tipah Tertipu. Tetapi filem Tipah Tertipu bukanlah spin off filem Ali Setan atau sinambungan daripada filem tersebut. Sebaliknya ia adalah sebuah filem dengan kisahnya yang tersendiri dan malah ia tidak dibayangi langsung oleh kisah filem tersebut.

Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang keakraban persahabatan pada zaman kanak-kanak di kampung sehinggalah mereka dewasa dan bekerja di kota Kuala Lumpur. Di antara kumpulan mereka ialah anak gadis penghulu bernama Tipah (Intan Ladyana) yang mana setiap seorang daripada lima sahabat ini sebenarnya menaruh harapan untuk dipilih sebagai teman istimewa Tipah suatu masa nanti. Tetapi siapa yang dipilih oleh Tipah hanya akan diberitahu oleh Tipah pada satu masa yang ditentukan.

Terpisah

Kisah filem ini sebenarnya tertumpu pada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh kumpulan lima sahabat ini iaitu Amir, Hussin, Cat, Zain dan Azam (anggota kumpulan Ruffedge) dalam perjalanan pulang ke kampung di Perlis untuk menemui Tipah setelah terpisah beberapa tahun dan masing-masing telah mempunyai kerjaya sendiri di kota. Mereka secara tidak sengaja bertembung dengan sekumpulan penjahat yang sedang melarikan sejumlah wang dan akibatnya pelbagai peristiwa berlaku.

Ahmad Idham dan Mamat Khalid menggunakan adegan pertembungan mereka ini untuk mencipta peristiwa-peristiwa yang melucukan. Adegan kumpulan sahabat ini bertembung dengan sekumpulan penjahat adalah alasan terbaik untuk melambatkan perjalanan menemui Tipah dan mencipta suspens dalam plot filem ini dan seterusnya akan mampu mencipta kelucuan pula. Adegan-adegan awal filem ini memang mampu melucukan biarpun adegan pertembungan dengan penjahat dalam filem ini rasanya sudah menjadi klise. Bagaimanapun, apabila pengulangan pertembungan itu berlaku dalam plot yang dipaksa maka kesan kelucuannya mulai tawar. Tetapi mujurlah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge mampu menyeimbangkan minat yang telah menurun.

Lirik lagu-lagu tersebut telah berjaya bertindak sebagai penyambung cerita. Hal ini penting bagi sebuah filem yang dihasilkan dalam konsep muzikal. Lagu harus juga menjadi pencerita.

Tipah Tertipu sebagai sebuah komedi muzikal tidaklah mengecewakan kalaupun tidaklah begitu cemerlang, malah banyak adegannya berjaya menimbulkan kelucuan (terutama imbas kembali adegan kanak-kanak di kampung). Ahli kumpulan Ruffedge dan Intan Ladyana memperlihatkan keupayaan yang sederhana sebagai pelakon, tetapi Adlin sebagai ketua kumpulan penjahat berjaya membawa elemen kelucuan dalam kelasnya yang tersendiri dan wataknya berjaya memperkuatkan plot filem ini. Begitu juga Bront yang semakin memperlihatkan keupayaan yang baik dalam lakonan.

Bagaimanapun, kita sedikit keliru dengan judul filem ini, Tipah Tertipu. Kisah dalam filem ini tidak memperlihatkan Tipah tertipu oleh kawan-kawannya dan Tipah juga tidak mempunyai hasrat untuk menipu kawan-kawannya itu kerana merahsiakan siapa pilihan hatinya. Jadi siapa yang sebenarnya menipu dan tertipu? Bukankah judul adalah pancaran awal sebuah cerita, bukan sekadar gimik yang bersandarkan kepopularitian judul sebuah lagu?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.