saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/06/2006

Zamani diminta tidak gunakan nama Slam lagi


Anggota kumpulan Slam. Dari kiri Lily, Ronnie, Eddie dan Yuri bakal meneruskan perjuangan Slam selepas terkeluarnya Zamani.



SEKITAR tahun 1990-an, kumpulan Slam pernah muncul sebagai sebuah kumpulan yang cukup popular. Sehingga ke hari ini pastinya khalayak masih lagi mengingati lagu-lagu dendangan kumpulan tersebut, antaranya Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya dan beberapa lagu lagi.

Sudah pasti ramai yang mengetahui tentang Slam yang dianggotai oleh Zamani, Ajak, Man, Shah, Eddie dan Lily. Jika disebut sahaja Slam pastinya nama Zamani diingati. Tetapi sekitar tahun 2000, Zamani muncul dengan album solo membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana perginya Slam.

Tidak berapa lama selepas itu, Slam pula muncul dengan sebuah album berjudul Slam Selamanya tanpa kehadiran Zamani selaku vokalis.

Album tersebut dihasilkan tanpa vokalis dan menemui peminat pada tahun 2003.

Teka-teki masih bersarang dalam minda adakah ‘jodoh’ Zamani dan Slam telah berkubur?

Malam Sabtu lalu, segalanya terjawab ketika Slam muncul membuat persembahan pada Kempen Sosial Remaja di Pasar Seni, Kuala Lumpur bersama vokalis baru mereka.

“Zamani tidak lagi bersama Slam. Kami tak buang dia, tapi dia tak boleh bagi komitmen. Dia sibuk dengan album solonya, tetapi Slam juga perlu bergerak.

“Kami telah memilih Ronnie, bekas penyanyi kumpulan Sunday, sebagai penggantinya,” kata Lily mewakili rakan-rakannya yang lain.

Menceritakan kemasukan Ronnie sejak awal tahun ini, Lily berkata:

“Kami mula ‘risik’ Ronnie sekitar tahun 2000 bila Zamani muncul dengan album solo. Kebetulan Ronnie pula merupakan peminat kumpulan Slam.

“Bagi kami, lagi senang apabila pengganti Zamani itu meminati kumpulan ini dan dia juga ada latar belakang sebagai penyanyi.”

Sementara itu, seorang lagi anggota Slam, Eddie berkata: “Kami dan Zamani tak pernah bergaduh. Cuma bila Zamani buat album solo, kami pun kena teruskan perjuangan sebab nak cari makan. Takkan nak duduk diam sahaja.”

Bersama Ronnie, Slam akan muncul dengan album baru yang akan berada di pasaran sekitar Julai ini. Diterbitkan oleh Slam dan Johan Music Sdn. Bhd., Slam yakin dengan potensi album itu.

Jangan guna nama Slam

“Kalau boleh Zamani jangan lagi gunakan nama Slam. Sebab band ini masih wujud dan kami sendiri telah ada penggantinya. Takkan Ronnie nak guna nama lain pula, mesti lepas ni Ronnie dikenali sebagai Ronnie Slam.

“Dia (Zamani) tidak ada hak untuk menggunakan nama Slam itu lagi,” kata Lily.

Malah, kata Lily, Slam tak mungkin bersatu semula dengan Zamani kerana mereka telah pun ada Ronnie.

Menyentuh mengenai sambutan peminat kelak, kata Lily, “Setiap anggota Slam baik yang lama mahupun yang baru, masing-masing ada peminat sendiri. Saya yakin kemunculan album baru Slam ini dapat diterima peminat seni tempatan.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.