saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/06/2006

Sukma Darmawan mengaku tidak bersalah tuduhan liwat


Sukma Darmawan dibawa anggota polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 selepas kesnya disebut untuk perbicaraan semula di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 15 Jun - Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini apabila kesnya disebut untuk dibicarakan semula atas tuduhan membenarkan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Sukma, 45, yang berkemeja putih dan berkot hitam kelihatan tenang ketika membuat pengakuan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hakim Nursinah Adzmi menetapkan perbicaraan semula kes itu selama dua minggu mulai 6 November ini.

Mengikut tuduhan, Sukma didakwa melakukan perbuatan itu di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) di No. 47, Jalan Damansara di sini pada sebelah malam, bulan April 1998.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Semalam, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya dibicarakan semula kes Sukma yang sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan membenarkan dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pihak pendakwa juga diarah menyediakan kertas pertuduhan untuk sebutan semula bagi menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sukma, adik angkat Anwar, berasal dari Indonesia tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani dua kakaknya, Komalawati dan Nirmala dan bekas rakan kongsi perniagaannya, Rahim Mazlan.

Walau tiada sebarang kekecohan, mahkamah kelihatan agak sesak dengan kehadiran para wartawan yang ingin membuat liputan, rakan-rakan Sukma serta orang awam.

Terdahulu, peguam Sukma, Gobind Singh Deo memohon agar mahkamah mengekalkan ikat jamin sebanyak RM10,000 yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Beliau turut memohon agar pasport Sukma tidak ditahan kerana anak guamnya kini tinggal dan mengusahakan perniagaan permaidani bersama ibunya di Jakarta.

“Sukma telah melalui pelbagai penderitaan, perniagaan di Malaysia musnah, dia didakwa, dibicara, dihukum dan ditahan di penjara sejak 1998, tapi dia masih di sini.

“Biarlah dia menjalani hidup barunya di Jakarta tanpa sekatan. Kes ini juga melibatkan kepentingan nasional dan tiada keraguan yang tertuduh akan hadir ke mahkamah,'' katanya.

Beliau turut memohon tarikh perbicaraan awal kerana kes tersebut sudah terlalu lama.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim menyerahkan soal jaminan dan penahanan pasport kepada budi bicara mahkamah dengan syarat tertuduh akan menghadirkan diri pada setiap perbicaraan.

Pihaknya juga tiada bantahan berhubung perbicaraan awal. Bagaimanapun beliau memerlukan tempoh selama dua minggu untuk membawa 25 saksi pendakwa.

Difahamkan, saksi pertama yang akan dipanggil oleh pihak pendakwa ialah Anwar.

Nursinah membenarkan jaminan terhadap Sukma dikekalkan sebanyak RM10,000 dan membenarkan permohonan peguam supaya pasport Sukma tidak ditahan.

Semasa ditemui para wartawan di Kaunter Pendaftaran Majistret Jenayah, Sukma yang kelihatan bergenang air mata memberitahu bahawa dia percaya kepada sistem kehakiman di Malaysia.

Katanya, dia juga tidak takut didakwa semula kerana inilah peluang untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun, keadaan sebelum itu agak tegang apabila Gobind naik berang melihat Sukma diheret oleh dua anggota polis dalam keadaan bergari dari pintu lokap ke kaunter itu sedangkan urusan jaminan telah selesai.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.