saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/06/2006

Yusry-Erra Fazira sah bercerai


Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, semalam selepas prosiding pengesahan lafaz cerai.



PETALING JAYA 16 Jun - Pelakon dan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim hari ini mengesahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini beliau telah menceraikan isterinya, pelakon Erra Fazira atau Fazira Wan Chek.

Yusry, 33, yang diwakili Peguam Syarie, Fahda Nur Ahmad Kamar, kelihatan tenang memberi keterangan di kandang saksi.

Bagaimanapun Erra, 32, yang berbaju kebaya, menangis hingga tidak dapat berkata-kata dan hanya mengangguk setelah ditanya hakim tentang lafaz cerai yang disebut oleh suaminya ketika mengesahkan perceraian mereka.

Yusry memberitahu mahkamah bahawa dia melafazkan cerai talak satu kepada Erra pada 5 petang 26 April lepas di kediaman mereka di Damansara Utama.

Pengesahan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad di sini.

Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 15 Jun 2003.

Pasangan itu hadir bersama di Mahkamah Rendah Syariah di sini petang ini dengan menaiki sebuah pacuan empat roda Mercedes-Benz berwarna hitam.

Erra yang memakai kebaya warna coklat dan bertudung hitam manakala Yusry berkemeja lengan panjang berwarna merah jambu kemudiannya dilihat duduk bersama di galeri awam dalam mahkamah sebelum prosiding pengesahan lafaz cerai dimulakan.

Apabila nama Yusry selaku plaintif dan Erra dipanggil, mereka bangun dan tampil di hadapan hakim.

Dalam prosiding itu, Yusry diwakili Fahda Nur mengucap dua kalimah syahadah dan mengangkat sumpah di dalam kandang saksi pada pukul 3.40 petang.

Fahda Nur: “Adakah kamu mengenali defendan?''

Yusry: “Ya. Dia (Erra) bekas isteri saya. Dan saya hadir di sini petang ini untuk pengesahan lafaz cerai yang saya buat terhadapnya.''

Plaintif membacakan semula lafaz bertulisnya: “Saya, Yusry Abdul Halim dengan ini menceraikan isteri saya Fazira Wan Chek yang telah dinikahi pada 15 Jun 2003 dengan talak satu.''

Dengan sekali lafaz, menurut Yusry: “Pada hari kejadian saya memang berniat untuk menceraikan isteri saya dengan talak satu.''

Kata Yusry: “Ketika menulis lafaz (pertama), saya tiada niat, cuma untuk menjelaskan. Namun ketika melafazkannya, saya memang berniat untuk menceraikan Erra.''

Beliau menambah, lafaz tersebut dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak.

Menurut Yusry, dua rakannya, Syed Abu Bakar Syed Agil dan Faizal Muhaiyin mendengar dan menjadi saksi, lafaz yang dibuatnya.

Selepas itu, Hakim Syarie, Ghazali menyoal Erra sama ada beliau ingin bertanyakan sebarang soalan kepada Yusry.

Erra bangun dan dengan nada perlahan sambil menggelengkan kepala menjawab: “Tiada.''

Seterusnya, giliran Erra pula berada di kandang saksi untuk memberikan keterangan mengenai kejadian.

Menurut Erra, beliau bukan sahaja mendengar tetapi berada bersama Yusry ketika suaminya itu menjelaskan (menulis) lafaz dalam bentuk bertulis.

“Dia tulis apa yang dia sebut seperti yang dia lafazkan tadi,'' kata Erra sambil mengulangi semula lafaz berkenaan.

Namun belum sempat pun menghabiskan lafaz tersebut, Erra tiba-tiba sebak dan beliau menitiskan air mata.

Menurut Erra pada hari kejadian, beliau berada dalam keadaan suci.

“Dalam tempoh tersebut, kami tiada hubungan kelamin,'' kata Erra ketika disoal mengenainya oleh hakim.

Hakim Syarie Ghazali selepas itu menetapkan 10 Julai ini bagi keputusan berhubung lafaz cerai yang dibuat oleh Yusry.

Sementara itu, di luar mahkamah, Yusry dan Erra berkata, mereka telah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan dan membaiki hubungan tetapi apa boleh buat sudah tiada jodoh.

“Namun kami akan tetap berkawan selepas ini, ujar mereka berdua.

Pada 7 Disember 2005, Erra dan Yusry membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.