saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 21/06/2006

Penduduk Platinum kesal bumbung rumah bocor

KAMI, ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa, Jalan Platinum Seksyen 7, Shah Alam melahirkan kekesalan kami terhadap sikap tidak profesional Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam menangani aduan kerosakan rumah yang telah dibeli.

Setelah menduduki rumah ini yang berharga minimum RM270,000 sebuah maka kami diberikan kunci menduduki pada Mac 2005.

Kami mula mengesan tahap pembinaan rumah yang tidak menepati piawaian terutama daripada segi struktur bumbung.

Ini terutama semasa hujan lebat dan didapati hampir setiap blok rumah menghadapi masalah bumbung bocor.

Persatuan penduduk di sini telah menghantar satu memorandum menyatakan masalah secara terperinci.

PKNS tidak menjawab kepada persatuan, sebaliknya memilih untuk menghubungi secara individu penduduk yang terbabit. Maka, pembaikpulihan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh PKNS.

Malangnya, ia bagai ‘tikus membaiki labu’. Sekurang-kurangnya dua rumah terpaksa dibaik pulih lebih daripada dua kali kerana jelas tahap kepakaran pada kontraktor PKNS sangat rendah.

Pekerja yang diguna adalah warga Indonesia yang juga membuat kerja-kerja am yang lain.

Kami ingin tahu apakah struktur asal bumbung yang dibina oleh PKNS sendiri bermasalah?.

Jika tidak, mengapa selepas dibaikpulih pun, kebocoran masih berulang? Apakah cara untuk membaikpulihnya ialah dengan membuka keseluruhan bumbung dan memasang kerangka yang baru sama sekali?

Kami mahu jawapan dan tindakan dari PKNS. Pada 9 Jun 2006, kami telah meminta perjumpaan bersemuka dengan pihak PKNS.

Tiada jawapan rasmi daripada PKNS sehingga 19 Jun lalu.

Ini menunjukkan PKNS tidak menghormati persatuan penduduk yang juga merupakan para pelanggannya.

Kami bimbang jika masalah struktur bumbung rumah di Jalan Platinum 7 tidak ditangani dengan sewajarnya oleh PKNS, ia pastinya sudah terlambat bila berlaku kemalangan melibatkan penduduk di sini.

Sebagai sebuah badan kerajaan yang telah mencapai ISO90001, sepatutnya PKNS memenuhi kepuasan pelanggan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

– PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA,

Shah Alam, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.