saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 21/06/2006

Malcon bantu perdamaian Timor Leste


SEBAHAGIAN anggota 10 Briged Para bersiap sedia di Pangkalan Udara Subang, Selangor sebelum berlepas ke Dili, Timor Leste.



KETIKA arahan dikeluarkan, ada antara mereka sedang bermesyuarat, ada yang sedang bersantai dan ada pula yang sedang menjalani latihan.

Sebahagian besar tidak sempat menerima ucapan selamat jalan daripada isteri, tidak berpeluang mengucup pipi anak-anak yang disayangi dan tidak berkesempatan mencium tangan ibu atau bapa sebelum berangkat menjalankan tugas.

Mereka terpaksa meninggalkan insan-insan tersayang dalam keadaan tergesa-gesa. Tugas negara yang memanggil tidak memberi ruang kepada mereka untuk melakukan amalan yang kebiasaannya mereka lakukan sebelum pergi bekerja.

Demikianlah secebis gambaran bagaimana persiapan yang dilakukan oleh 498 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini bertugas dalam Kontinjen Malaysia (Malcon) di Timor Leste sejak 26 Mei lalu.

Walaupun diberi arahan dalam tempoh yang cukup singkat namun sebagai anggota tentera mereka sentiasa bersiap sedia sepanjang masa, tidak kira di mana sahaja. Apa juga yang sedang mereka lakukan, apabila ‘semboyan tugas dibunyikan’ segala-galanya harus dilupakan.

Sebagai insan biasa, kesedihan meninggalkan keluarga tersayang terutama anak-anak pasti wujud, apatah lagi mereka perlu menjalankan tugas itu bagi tempoh tiga bulan.

Namun semua itu bukanlah halangan bagi mereka untuk menyahut panggilan negara. Mereka hadir di Timor Leste dengan penuh semangat bukan sahaja demi menjaga imej Malaysia tetapi juga menyumbang ke arah mewujudkan keamanan kepada sebuah negara Asia yang baru merdeka.

Biarpun kerinduan kepada keluarga dibawa bersama tetapi tidaklah sampai menjejaskan tugas yang diamanahkan kerana itulah sumpah mereka sebagai perwira negara.

Kini sudah sebulan mereka menabur bakti di negara yang pernah menjadi wilayah ke-27 republik Indonesia itu dengan diketuai oleh Kolonel Ismet Nayan Ismail.

Di Timor Leste, Malcon bergabung di bawah Pasukan Petugas Bersama (JTF) yang diketuai oleh Australia dan turut disertai oleh Portugal dan New Zealand.

Malcon menggabungkan kesemua elemen dalam ATM dengan Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) dari 10 Briged Para menjadi tunjang utama.

Pasukan ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal), Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, Cawangan Penyiasatan Khas ATM kawasan Selatan dan Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan.

Turut terlibat dalam operasi di Timor Leste ini ialah kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlabuh di Pelabuhan Dili sejak 3 Jun lalu.

Kapal berkenaan akan berada di situ hingga 28 Jun sebelum diambil alih oleh kapal KD Indera Sakti.

Kehadiran Malcon di Timor Leste ternyata mampu membawa perubahan kepada keadaan keselamatan di negara itu.

Malah berikutan komitmen yang ditunjukkan, pasukan berkenaan diberi tanggungjawab menjaga Jambatan Comoro – sebuah jambatan strategik yang menghubungi Dili dengan bandar-bandar lain.

Seperti misi-misi di luar negara sebelum ini, kehadiran ATM sentiasa sahaja membawa impak positif kepada sebarang konflik yang berlaku.

Di Timor Leste, penduduk tidak pernah melihat kedatangan pasukan Malaysia sebagai musuh yang cuba mengambil kesempatan ke atas negara itu.

Jeritan ‘Malaysia, Malaysia’ pasti akan kedengaran apabila ATM melalui mana-mana kawasan. Penduduk menghargai sumbangan Malaysia, mereka mengagumi kontinjen kita dan mereka juga amat menyanjungi sumbangan Malcon.

Sikap anggota-anggota Malcon yang sentiasa mengekalkan pendekatan ‘mesra tetapi tegas’ telah memungkinkan rakyat Timor Leste berasa lebih selesa dengan pasukan itu.

Tambahan pula, rakyat Malaysia dilihat mempunyai persamaan dari segi bahasa dan budaya. Semua ini menyumbangkan kepada kejayaan pelaksanaan tugas Malcon di Timor Leste.

Walaupun ada antara mereka terpaksa tidur di dalam khemah di tepi pantai dan dibakar oleh panas matahari atau tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh daripada kebisingan kota Dili, namun semua itu tidak pernah melunturkan semangat anggota-anggota Malcon.

Setiap tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh tekun, gigih dan berdisiplin.

Bagi anggota-anggota Malcon, bertugas di Timor Leste adalah satu penghormatan dan bukannya sesuatu yang perlu dikesalkan.

Kini pasukan itu terus menabur bakti di bumi Lorosae sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi. Apabila misi itu selesai sudah pasti sumbangan ATM akan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.