saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/06/2006

Konsert Prolog tentukan protege Mentor 2


PESERTA Mentor2.


KESUKARAN memilih protege yang bakal dibimbing oleh para mentor mendorong pihak TV3 untuk menganjurkan Konsert Prolog pada 9 Julai ini.

Konsert Prolog yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu memberi peluang pada orang ramai memilih peserta untuk bergelar protege Mentor musim baru.

Peserta yang bakal bersaing pada konsert Prolog itu ialah Farizzudin Mohamad Taib, Mohd. Firdauz Abdul Halim, Hidayah Othman, Syed Alfrizal Syed Alwi, Ayu Safina Sahidan dan Nuriylia Jailani.

Pada konsert ini, 12 peserta akan bersaing sesama sendiri dan hanya enam yang bakal dipilih untuk meneruskan perjuangan sebagai protege kepada Siti Nurhaliza, Amy Search, Nurul, Hazami, Yasin dan Zaf V.E.

Menurut Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, pada Konsert Prolog, dua peserta daripada setiap mentor akan bersaing sesama sendiri dan nasib mereka ditentukan berdasar undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

“Apabila enam orang sudah terpilih sebagai protege, setiap minggu persembahan mereka akan ditentukan oleh juri profesional sebanyak 50 peratus dan selebihnya masih lagi menggunakan SMS,” katanya pada sidang akhbar Mentor musim kedua di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur Selasa lalu.

Konsert Mentor yang menampilkan enam protege akan mula disiarkan pada orang ramai setiap Ahad pukul 9 malam mulai 9 Julai ini. Kata Azhar, pemenang Mentor musim ini akan berpeluang menjadi artis rakaman syarikat rakaman EMI berserta hadiah-hadiah lain.

Siti Nurhaliza setia sebagai mentor

Menyentuh mengenai pemilihan penyanyi Siti Nurhaliza untuk kedua kali, penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa berkata, ia bukan dirancang.

“Saya telah menelefon hampir separuh daripada artis untuk menjadi mentor tapi mereka tiada kelapangan. Kebetulan Siti mempunyai ruang untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai mentor, jadi apa salahnya kita ambil dia untuk kali kedua,” jelas beliau sebagai menjawab segala prasangka.

*Mentor: Amy Search

Protege: Siti Khatijah Hassan (Kat) dan

Mohd. Firdauz Abdul Halim (Fiq)

“Saya tidak akan mengajar mereka cara menyanyi kerana saya bukan guru vokal. Saya lebih senang membentuk mereka menjadi seorang penghibur. Banyak yang perlu digilap dan saya harap dapat membentuk mereka menjadi well cut diamond,’’ kata Amy.

Kat: “Saya baru berhenti kerja menyanyi di kelab malam. Saya memang pilih Amy sebagai mentor dan saya akan guna peluang ini untuk menimba ilmu daripada ikon.”

Fiq: “Mentor merupakan pertandingan besar pertama yang saya sertai. Saya memang minat rock dan saya harap program ini dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi rock generasi baru.’’

*Mentor: Siti Nurhaliza

Protege: Ayu Safina Sahidan (Fina) dan

Noor Nadia Russali (Nadia)

“Siti akan berikan yang terbaik kepada protege dan untuk berjaya, kita mesti bijak mengawal penonton,” jelas Siti memberi petua.

Fina: “Saya akan menimba pengalaman daripada Kak Siti untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Saya harap saya akan melangkah lebih jauh lagi.”

Nadia: “Sekarang ini saya sedang mengikuti Ijazah Seni Lakon Layar di UiTM. Kalau terpilih ke peringkat seterusnya, kemungkinan saya terpaksa tangguh dulu satu semester.’’

*Mentor: Yasin

Protege: Hidayah Othman (Eiya) dan

Hal Husaini Razmi (Hal)

“Saya tidak akan paksa mereka ikut genre muzik saya. Sebaliknya saya yang akan ikut rentak muzik pilihan mereka,’’ kata Yasin.

Eiya: “Sebelum ini saya pernah menyertai Bintang Asli 2001 dan Bintang RTM 2005. Saya harap Mentor dapat menjadi platform untuk saya melangkah lebih jauh lagi.’’

Hal: “Ini kali pertama saya menyertai pertandingan nyanyian. Program Mentor menjadi pilihan sebab saya dapat belajar cara-cara menyanyi dengan lebih yakin daripada mentor.’’

*Mentor: Nurul

Protege: Nuriylia Jailani (Nieyl) dan Rachel James Ansibin (Rachel)

“Sebenarnya semua yang terpilih berbakat dan saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama mereka,’’ jelas Nurul.

Nieyl: “Sebelum ini saya menimba pengalaman sebagai penyanyi di Restoran Cerana, Cheras. Saya harap Mentor mampu merealisasi impian saya untuk menjadi penyanyi.”

Rachel: “Saya sering menyanyi bersama koir di gereja dan mengambil bahagian nyanyian dalam beberapa pertandingan.”

*Mentor Zaf V.E

Protege: Syed Alfrizal Syed Alwi (Rizal) dan

Nur Raihan Mad Zaki (Wanny)

“Menari bergantung pada konsep muzik yang dipersembahkan oleh penyanyi. Tapi kalau boleh menari, itu adalah satu bonus,’’ kata Zaf.

Rizal: “Saya menjadi guru vokal kepada kumpulan nasyid di Sekolah Menengah Kidurong, Bintulu, Sarawak.”

Wanny: “Sering menjayakan persembahan di hotel-hotel dan saya harap tuah menyebelahi saya.’’

*Mentor: Hazami

Protege: Farizzudin Mohamad Taib (Faris) dan Rahayu Baharudin (Ayu)

“Perlu menjiwai setiap lagu yang didendang, bijak mengawal penonton dan jangan takut bila berada di pentas. Kalau amalkan petua itu, anda pasti berjaya,’’ kata Hazami.

Faris: “Sebelum ini saya pernah masuk Malaysian Idol tapi kecundang. Saya harap menerusi Mentor, saya berpeluang mengasah bakat.’’

Ayu: “Saya pernah menyanyi bersama Kombo Melaka dan saya harap boleh gunakan pengalaman tersebut dan tunjuk ajar daripada Mentor untuk merealisasikan impian saya.’’

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.