saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/06/2006

Mayat juruterbang Hawk 208 ditemui di dasar laut


Pasukan mencari dan menyelamat membawa mayat Mejar Mohammad Rohaizan Ab Rahman yang ditemui dalam kokpit Hawk ke Pantai Lanjut, Rompin, semalam. - Gambar Ghazali Basri.


KUALA LUMPUR 27 Jun - Mayat juruterbang pesawat pejuang Hawk 208, Mejar Mohammad Rohaizan Ab Rahman yang hilang sejak 28 hari lepas, ditemui bersama sebahagian besar pesawat berkenaan di dasar laut pada 4.20 petang ini.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa pada bahagian kokpit pesawat berkenaan, kira-kira 150 meter dari Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.

Pegawai Perhubungan Awam, TUDM Kapt. Zulkiflee Abdul Latiff dalam satu kenyataan berkata, jenazah juruterbang itu dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka selepas dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

‘‘Sehubungan itu, pencarian baki serpihan akan dihentikan sebaik sahaja penyelam Pasukan Khas Laut (Paskau) berpuas hati tiada lagi serpihan pesawat dikawasan berkenaan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dimaklumkan mengenai penemuan tersebut menyatakan rasa sedih dan menyampaikan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham.

“Akhirnya kita sudah tahu apa yang berlaku, saya sedih kerana juruterbang kita telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Keselamatan Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Allahyarham Rohaizan, 31, meninggalkan isteri, Nik Fazreen Irtiza Hussein, 31, dua anak perempuan iaitu Maizara Farieen, 5 dan Maira Sofea, 2, serta Nik Mohamad Faureezudin berusia dua bulan.

Sementara itu di Rompin, jenazah Mejar Mohammad Rohizan dikeluarkan dari kokpit kira-kira 5.05 petang di pantai Lanjut sebelum diterbangkan dengan helikopter ke HTAA, kira-kira 5.20 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.