saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/07/2006

Persembahan pemenang Rentak Juara malam ini


SEBAHAGIAN anggota pemenang utama Rentak Juara Rhythm of Champions 2006 pada sidang akhbar di Angkasapuri baru-baru ini.



MALAM ini, sekali lagi para peminat pertandingan Rentak Juara Rhythm of Champions 2006 (RJROC 2006) berpeluang menyaksikan kehebatan pemenang-pemenangnya melalui persembahan istimewa di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada Konsert Pemenang Rentak Juara Rhythm of Champions 2006 yang turut disiarkan secara langsung di RTM2 pukul 9 malam.

Pemenang-pemenang itu ialah kumpulan Fenomena dari Selangor, Matta (Negeri Sembilan) dan Love Machine (Kedah).

Konsert selama satu jam setengah itu merupakan penghargaan pihak RTM selaku penganjur kepada kejayaan dan komitmen para peserta menjayakan pertandingan itu.

Fenomena akan menyampaikan lagu Yale-Yale untuk pilihan lagu irama 60-an, Balada Pemuzik Jalanan (Search) dan Jangan Tunggu Lama-Lama (Sweet Charity).

Kumpulan Matta pula mempersembahkan lagu ciptaan sendiri berjudul Sesat Dalam Terang dan Sutera Mata.

Love Machine turut menyampaikan lagu ciptaan mereka berjudul Diari Al-Kubra selain lagu-lagu Peronda Jaket Biru dan Rantai.

Mencipta fenomena

Kumpulan Fenomena, Matta dan Love Machine merupakan pemenang RJROC tahun ini setelah melalui pertandingan peringkat akhir minggu lalu di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Sekalipun amatur, gaya persembahan mereka pada pertandingan itu agak membanggakan malah pihak juri mengakui persaingan antara ketiga-tiga kumpulan itu merupakan antara yang sengit dengan kutipan markah yang hampir sama.

Namun Fenomena membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara seterusnya merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM50,000, trofi dan sijil.

Malah kumpulan itu juga mencipta fenomenanya sendiri apabila bukan sahaja menerima sorakan sokongan daripada penonton di Stadium Malawati, tetapi juga membuktikan bahawa mereka adalah pilihan peminat untuk bergelar Kumpulan Paling Popular (menerusi undian SMS peminat) selain Vokalis Terbaik berikutan kemantapan suara dan gaya penyanyinya, Kamal, sewaktu di pentas.

Matta yang mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri berjudul Sutera Mata, walaupun hanya menduduki tempat kedua, turut diangkat sebagai Gubahan Muzik Terbaik.

Kumpulan Love Machine yang dianggotai oleh pelajar jurusan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menduduki tempat ketiga dengan pemain gitarnya, Razin, dipilih sebagai Pemuzik Terbaik.

Apa kata mereka?

Kumpulan Fenomena

“SEMEMANGNYA merakamkan album menjadi impian kami malah kami sudah bersedia ke arah itu. Cuma kini kami sedang menanti peluang.”

Demikian kata Kamal yang mewakili teman-teman Fenomena sewaktu ditemui pada sidang akhbar konsert pemenang RJROC 2006 di Angkasapuri baru-baru ini.

Malah, jika boleh, kata Kamal, dia berhasrat untuk berduet dengan penyanyi pujaannya, Amy Search.

“Amy ialah idola saya,” kata Kamal, 28, yang turut terpilih sebagai Vokalis Terbaik RJROC 2006.

Kumpulan Matta

“KAMI memang menjangkakan Fenomena menang kerana mereka bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi persembahan dan vokal tetapi juga sokongan peminat,” kata pemain gitar Matta, Hafiz, 19.

Cuma, kata Hafiz, Matta kurang berpuas hati dengan persembahan yang mereka tonjolkan pada malam final tersebut.

“Mungkin kerana perasaan gementar menguasai diri, ia menyebabkan kami tidak bermain dengan sebaiknya,” jelas Hafiz.

Menurutnya, wang tunai RM30,000 yang dimenangi oleh kumpulan itu akan digunakan untuk menaikkan taraf studio Matta di Taman Ampangan, Seremban.

Kumpulan Love Machine

Berbanding kumpulan lain, kumpulan Love Machine mempunyai kelebihan apabila mereka bukan sahaja berbakat tetapi mempunyai kelayakan akademi dalam bidang muzik.

Bagaimanapun, mereka hanya berjaya menjadi pemenang tempat ketiga dengan hadiah kemenangan sebanyak RM20,000.

“Inilah yang dinamakan rezeki. Mereka mungkin tidak belajar (muzik) tetapi ia (bakat) adalah satu anugerah Tuhan.

“Bagi kami, berjaya menjadi Top 3 sudah cukup membanggakan. Lagipun Fenomena dan Matta memang kuat,” kata Razin, 24, yang mewakili Love Machine.

Diangkat sebagai Pemuzik Terbaik, kata Razin, ia merupakan satu penghormatan kepadanya namun masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Belajar bermain gitar dengan pemain gitar jazz Farid Ali, Razin mempunyai kelulusan dalam diploma muzik dan ijazah sarjana dalam seni persembahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.