saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/07/2006

Siti menang anugerah undian kanak-kanak

KUALA LUMPUR 2 Julai - Artis nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin memenangi Anugerah Selebriti Paling Banyak Dicalonkan 2006 pada Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon tahun ini.

Bagaimanapun, Siti gagal mempertahankan Anugerah Wannabe Pilihan Kanak-Kanak Malaysia yang dimenanginya selama dua tahun berturut-turut kepada Mawi atau nama sebenar, Asmawi Ani.

Siti ketika ditemui berkata, beliau gembira dengan anugerah yang dimenanginya itu kerana ia berbeza daripada anugerah lain yang pernah diterimanya.

‘‘Ini kerana anugerah ini dipilih dan diadili oleh kanak-kanak. Itu cukup istimewa,” katanya ketika ditemui selepas merai dan menghiburkan peminat saluran televisyen Nickelodeon di sini hari ini.

Kemenangan

Mengenai kemenangan Mawi mengatasi beliau bagi Anugerah Wannnabe, Siti berkata, kemenangan Mawi itu memang sesuatu yang dijangka kerana ia berdasarkan pemilihan peminat.

Menurutnya, populariti dan keistimewaan Mawi pada ketika ini tidak boleh dipertikai dan Siti turut gembira atas pencapaian Mawi itu.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi MTV Networks Asia (SEA), Joanna Tan berkata, program itu diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak memilih selebriti yang mereka minati dan ingin contohi.

‘‘Kami mencalonkan selebriti yang pada hemat kami mampu memberi contoh terbaik buat kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, selain Siti dan Mawi, selebriti lain yang turut dicalonkan ialah Amy Mastura, Daniel Lee dan Ashraff Sinclair.

Katanya, pada tahun ini, persaingan antara Siti dan Mawi sangat sengit sehingga kemenangan antara kedua-dua artis popular itu dibezakan dengan jumlah undi yang kecil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.