saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/07/2006

Salima tersingkir juga akhirnya


AKSI Salima ketika mendendangkan lagu Because of You yang merupakan lagu terakhir dendangannya dalam AF4.



DRAMA tangisan mingguan Akademi Fantasia 4 (AF4) berterusan. Kali ini menyaksikan ia pelajar paling kontroversi Salima tersingkir.

Hanya berjaya meraih undi sebanyak 10 peratus, Salima terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi.

Mendendangkan lagu Because of You tidak membantunya untuk terus bertahan dalam AF4.

Kemunculan Salima dalam AF4 diharap berjaya mencetuskan satu lagi fenomena seperti Mawi dalam AF3. Tetapi perkara sebaliknya pula berlaku. Khalayak seakan-akan tidak dapat menerima kehadiran seorang wanita bertudung menari dan menyanyi di atas pentas.

Ini terbukti melalui ruangan sembang di saluran @15 Astro. Rata-rata khalayak memarahi atau mengutuk diri Salima.

Menurut ayah Salima, Habibi Bakri, 40, mereka sekeluarga menerima kritikan tersebut dan penyingkiran Salima.

“Saya terima kenyataan penyingkiran Salima. Hanya kerana dia bertudung orang tak boleh terima atau tak suka dia,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu kelima AF4 yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ malam Sabtu lalu.

Mengulas tentang diri anaknya yang sering menjadi sasaran di saluran @15, dalam nada tenang Habibi berkata, “Saya tak rasa apa-apa. Kerana itulah AF, saya faham keadaannya begitu. Ada orang suka, ada yang tak suka. Saya tak kisah dan tak ada rasa terkilan.”

Tambah Habibi, mereka sekeluarga berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Salima pada malam itu.

Pada malam itu para pengkritik menegur Salima supaya memperbaiki cara nyanyiannya terutama sebutan lirik. Salima juga dikatakan kurang fokus pada persembahannya.

Bagaimanapun, Habibi menyokong kata-kata Adlin supaya para pelajar AF4 diberi lagu yang mereka suka.

“Apa yang Adlin cakap itu saya rasa betul. Biar pelajar menyanyi lagu yang mereka suka baru mereka dapat feeling. Salima tak dapat lagu yang dia suka. Jadi dia tak ikut flow,” ujarnya.

Farhan tetap unggul

Konsert AF4 pada malam tersebut menyaksikan Farhan tetap unggul di mata peminatnya. Lagu Biarlah Rahsia dendangannya berjaya menempatkan dirinya di tangga teratas dengan undian sebanyak 18 peratus.

Persembahan pada malam Ahad lalu dimulakan dengan nyanyian daripada Diddy menerusi lagu Biar Betul. Ini diikuti oleh Lotter dengan lagu Bila April.

Seperti biasa gimik Astro diteruskan apabila selepas persembahan Lotter, ibu bapa Lotter dijemput ke pentas bagi mengubat rindu Lotter kepada orang tuanya.

Ibunya membawakan Lotter masakan ikan keli.

Salima menjadi peserta ketiga beraksi dengan lagu Because of You. Haziq tampil selepas itu dengan lagu Juwita (Citra Terindah) dan Amirul menerusi lagu Lagu Zaman.

Dewan Sivik MBPJ terus ceria apabila Velvet muncul dengan lagu Sangkar Cinta. Biarpun mendapat kritikan yang agak pedas, nyata hati Velvet sejuk sedikit selepas ibunya turut muncul di pentas. Faizal pula tampil dengan lagu Terharu.

Konsert minggu kelima tidak menampilkan banyak perubahan. Seakan-akan ada yang kurang pada konsert AF4 tersebut biarpun ia telah memasuki minggu kelima.

Dengan penyingkiran Salima, kini tinggal tujuh pelajar akan meneruskan perjuangan mereka iaitu Farhan, Velvet, Haziq, Faizal, Lotter, Amirul dan Diddy. Masing-masing perlu buat yang terbaik agar terus diberi kepercayaan oleh para peminat mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.