saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 08/07/2006

Sistem baru pencen

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kerajaan akan menghapuskan pencen terbitan yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan kini dan digantikan dengan sistem pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sistem pencen baru tersebut yang dijangka dilaksanakan tahun depan itu akan membabitkan kira-kira 10,000 penjawat awam yang baru berkhidmat dengan kerajaan.

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu sistem baru itu dikaji lagi kerana dilihat banyak merugikan kakitangan terlibat.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Zain berkata, pihak kesatuan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan setelah penelitian dilakukan, Cuepacs mahu ia disemak semula.

“Banyak persoalan yang timbul dari pelaksanaannya, antaranya adakah pencen akan terus dibayar walaupun caruman dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah habis,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus bahawa pencen terbitan tidak akan lagi diamalkan dalam sistem pentadbiran negara dan digantikan pencen caruman KWSP.

Ahmad Shah menjelaskan, melalui sistem pencen baru itu, kakitangan yang bersara akan menikmati pencen bulanan daripada simpanan KWSP.

Sebagai contoh, katanya, jika tabungan KWSP seorang kakitangan kerajaan yang bersara ialah RM100,000 maka pencennya akan dibayar menggunakan wang itu.

“Persoalannya sekarang ialah katakanlah usianya panjang sehingga mencecah lebih 80 tahun dan pada satu peringkat simpanannya dalam KWSP habis dan adakah pencennya akan tetap dibayar.

“Satu lagi persoalan yang timbul, dalam tempoh persaraan, tiba-tiba berlaku kematian. Adakah balunya akan menerima pencen daripada KWSP seperti mana pencen terbitan,'' ujarnya.

Beliau menegaskan, Cuepacs hanya akan menerima apa jua sistem baru itu termasuk sistem pencen jika ia memberi manfaat kepada kakitangan kerajaan.

“Jika sebaliknya berlaku, kita mahu sistem sedia ada dikekalkan. Dalam hal ini, Cuepacs akan tetap mempertahankan pelaksanaan sistem pencen terbitan,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tidak semua penjawat awam baru tahu tentang perkara tersebut.

“Kita akan membentangkan perkara ini dalam mesyuarat kongres pada 13 Julai ini kerana ia melibatkan masa depan kakitangan kerajaan di negara ini.

“Kita tidak mahu terdapat elemen-elemen yang merugikan dalam skim perkhidmatan yang ditawarkan kepada kakitangan awam,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.