saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 10/07/2006

Guru menang hadiah utama novel remaja


HADIAH Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 yang dinanti-nantikan pengumumannya oleh khalayak sastera melakarkan sejarah apabila seorang guru dari Kedah, Amer Hmzah L. Kadir, membolot hadiah pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja.

Kemenangan Amer, 40, yang pertama kali menyertai pertandingan itu menerusi novel Kembara Amira telah membolehkan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah itu meraih hadiah wang tunai RM6,000 dan sijil.

Dengan kemenangan itu, Amer mengetepikan dua penulis iaitu Siti Jasmina Ibrahim, 30, dan Abd. Latip Talib, 52.

Siti Jasmina dari Kuala Lumpur meraih hadiah kedua dengan novel 6.20. Dia memenangi hadiah RM4,000 dan sijil.

Abd. Latip dari Negeri Sembilan memenangi tempat ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Dia meraih hadiah RM3,000 dan sijil.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang akan disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai ini pukul 7.45 malam.

Novel Kembara Amira mengisahkan Amira yang mengikut ibunya melakukan kajian arkeologi di sebuah perkampungan Orang Asli. Amira bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan peristiwa. Ceritanya menyelongkar bidang arkeologi di samping pencarian emas yang begitu menarik dan informatif.

Novel 6.20 pula mengisahkan Sukma, seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri unggul sebagai bertanggungjawab, beriltizam dan penyayang. Dia berhadapan dengan kisah silam ibunya yang tidak mendapat didikan agama dan akhirnya terseret dalam lembah kehinaan.

Kepekaannya terhadap penularan keruntuhan moral di kalangan remaja telah membantu meleraikan masalah yang dihadapi oleh remaja masa kini.

Beraraklah Awan Pilu pula mengisahkan Syafik yang dibesarkan oleh ibunya yang cuba menunaikan amanat arwah ibunya untuk mencari bapanya yang merupakan seorang hartawan di Brunei.

Walaupun berjaya menemui bapanya setelah menempuh pelbagai dugaan, tetapi Syafik memilih untuk kembali menetap di kampung asalnya.

Pemenang pertama kategori Hadiah Utama Cerpen Remaja Utusan -ExxonMobil dimenangi oleh Rahmat Purnama Mulya dengan cerpen Dia Berikan Tangannya.

Rahmat meraih hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil.

Tempat kedua dimenangi oleh Ummi Hani Abu Hassan, 23, dari Kodiang, Kedah. Dia menang dengan cerpen Kampung Hati Ayah meraih hadiah RM2,500.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ariff Mohamad, 34, dari Kajang, Selangor. Dia meraih hadiah RM2,500 menerusi cerpen Pelangi, Kami Ingin Ke Sana.

Tujuh pemenang hadiah penghargaan masing-masing bernilai RM800 setiap seorang ialah Mohd. Hashim Osman (Anak Gelandangan), Siti Hajar Mohd. Zaki (Cikgu Apik), Zaharah Nawawi (Gadis Bunga Di Tasik Dal dan Mergastua dan Kotak Batu), Muhammad Lutfi Ishak (E-mel Seorang Lelaki), A. Gani Abdullah (Rabiatul Adawiyah) dan Mohd. Faizal Musa (Ratu Kosmetik).

Kategori Cerpen Hadiah Utama dimenangi oleh Zainal Rashid Ahmad, 39, dari Shah Alam, Selangor.

Dia menang dengan cerpen Alkisah Ular... Ular dan Ular untuk meraih hadiah RM2,500 dan sijil.

Tempat kedua dimenangi oleh Ghazali Lateh, 45, dari Banting, Selangor dengan cerpen Hikayat Naga Gunung Cimayu. Dia meraih hadiah RM2,500.

Nazel Hashim Mohamad, 64, dari Perlis pula memenangi tempat ketiga dengan cerpen Psiko. Dia meraih hadiah RM2,500.

Tujuh penulis lagi memenangi hadiah penghargaan RM800 setiap seorang. Mereka ialah Ummi Hani Abu Hassan (Cerita-Cerita Akhir), Siti Salbiah Raduan (Kidung Akarku), Salina Ibrahim (Memaknakan Cinta), Mohd. Affandi Hassan (Orang Berjasa), Amaruszati Noor Rahim (Osmosis), Syed Mohd. Zakir Syed Othman (Pasir Di Bawah Belati) dan Ramli Abdul Halim (Retorik).

Bagi kategori Puisi Hadiah Utama masing-masing bernilai RM1,000 setiap satu dimenangi oleh Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy, 22, dari Cheras, Selangor.

Dia menang dengan puisi Al-Andalus Menangis.

Tempat kedua dimenangi oleh Wan Ahmad @ Wan Adnan Wan Daud, 58, dari Kelantan. Dia menang dengan puisi Puisi Buat Umaira di Narathiwat.

Penulis veteran Ali Haji Ahmad (Nora), 79, dari Selangor pula meraih tempat ketiga dengan puisi Senja Terakhir di Multazam.

Tujuh orang lagi menerima hadiah penghargaan bernilai RM500 setiap seorang. Mereka ialah Mohd. Abdullah dengan dua puisi Akar dan Catatan Kecil Buat Jiran Yang Berpindah Jauh, Nazim Mohd. Subari (Di Gerai Masa dan Jika Ingin Mencari), Abdul Rahim Idris (Kalau Kita Menjadi Kayu), Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Nafiri) dan Zainal Rashid Ahmad (Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama).

Tiada penulis menang kategori Kajian Sastera Hadiah Utama. Bagaimanapun, dua penulis diberikan dua hadiah penghargaan bernilai RM500 setiap satu.

Mereka ialah Sukri Mohd. Ali, 35, dari Sungai Petani, Kedah dengan kajian Rubiah dan Estetika Sastera Melayu manakala Nisah Harun, 33, dari Negeri Sembilan dengan Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah.

Kategori Rencana Sastera pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Noriah Taslim dengan rencana Bina Bangsa Melalui Sastera. Dia meraih hadiah RM500.

Mohd. Faizal Musa (Faisal Tehrani) dari Melaka pula meraih hadiah RM500 dengan rencana Sasterawan Tentera: Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam.

Satu kategori baru diperkenalkan dalam hadiah sastera Utusan-ExxonMobil kali ini iaitu Kategori Novel Inggeris. Ti Chin Han yang menulis novel Fridge memenangi hadiah pertama berupa wang tunai RM6,000.

Pemenang kedua, Lee Sun Ann dengan novel The Curse meraih hadiah RM4,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Teoh Choon Ean dengan novel Nine Lives. Dia meraih hadiah RM3,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.