saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/07/2006

Dealova luahan cinta Siti Nurhaliza?


Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Dealova dengan penuh penghayatan dan penuh erti.



MENGHAYATI setiap bait lagu Dealova yang kini menjadi siulan remaja terutama mereka yang sedang bercinta, memang tidak dinafikan ia seolah-olah membayangkan gelora hati seseorang yang begitu setia dalam cinta dan sentiasa memuja kekasih hatinya.

Sebaris demi sebaris bait lagu itu dinyanyikan oleh Once, membuatkan mereka yang mendengar dendangannya bagaikan berada di alam percintaan yang begitu indah dan mengasyikkan.

Siapa sangka lagu yang kini menjadi kegilaan remaja hari ini rupa-rupanya dalam diam turut diminati oleh penyanyi Siti Nurhaliza yang kini dikatakan hatinya berbunga dengan cinta.

Dealova yang menjadi lagu tema filem yang menggunakan nama yang sama bukan sahaja berjaya mencuri hati remaja malah ia turut mencuri hati penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Sambil mengakui menyukai bait-bait liriknya, Siti berkata;.

“Dalam banyak-banyak lagu pasti ada lagu orang lain yang kita nak nyanyi. Siti pun nak nyanyi lagu ni kerana bagi Siti ia merupakan sebuah lagu yang menarik dan liriknya juga best.”

Begitulah pengakuan Siti Nurhaliza sebelum mendendangkan lagu Dealova pada Zoom In bersama Siti Nurhaliza yang disiarkan secara langsung di RTM 2 malam Sabtu lalu.

Dengan memakai gaun merah hati, warna yang dikatakan akan menjadi tema perkahwinannya nanti, Siti Nurhaliza mendendangkan lagu kegemarannya itu dengan penuh penghayatan.

Sepanjang menyanyikan lagu itu, Siti Nurhaliza,27, yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Datuk Khalid Jiwa atau lebih dikenali Datuk K, senyuman tidak lekang dari bibir mungilnya itu.

Melihat senyuman dan lirikan matanya, benarlah seperti kata orang tua-tua bahawa mata mencerminkan rahsia hati. Dan tanpa Siti sedari matanya mendedahkan kebahagiaan yang dirasakan oleh penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis ini!

Disamping lagu tersebut, Siti turut menyanyikan lagu Malam Pesta Muda Mudi, Cik Cik Kebom, Merak Kayangan dan Bunyi Gitar sambil mengayakan aksi penyanyi 60-an.

Walaupun gosip perkahwinannya semakin kencang diperkatakan, apa yang nyata ia sedikit pun tidak menjejaskan popularitinya malah sokongan para peminatnya tidak pernah berkurangan.

Bermula dari pukul 8 malam, peminat penyanyi itu itu sudah berpusu-pusu menanti di luar auditorium walaupun rancangan itu hanya akan bermula pada pukul 9 malam.

Masing-masing mahu memastikan mendapat tempat duduk eksklusif dan selesa untuk menonton persembahan penyanyi pujaan mereka.

Keghairahan para peminatnya untuk menyaksikan Siti semakin nyata apalagi bila Siti mula berbicara dan yang nyata bicaranya tetap menghargai peminatnya.

“Dah 10 tahun Siti dalam industri ini dan masih bertemu dengan peminat-peminat setia Siti. Ke mana saja Siti berada mereka tetap ada. Siti akan lakukan yang terbaik untuk peminat,” katanya sebelum meneruskan persembahannya.

Di bawah pimpinan pengarah muzik Aubrey Suwito, Siti meneruskan persembahan malam tersebut dengan mendendangkan lagu-lagu rancak dan perlahan dari album terbarunya Transkripsi dan album terdahulu antaranya Siti Situ Sana Sini, Cubalah Untuk Mengerti, Lagu Rindu, Bukan Cinta Biasa, Dialah Di Hati dan Seindah Biasa.

Semasa persembahannya itu, Siti turut menjemput dan berduet bersama Ogy Ahmad Daud untuk sama-sama menghiburkan penonton.

Memang tidak dapat dinafikan penonton terhibur dengan lawak spontan Ogy sebelum berduet dengan Siti. Antara lagu yang menjadi pilihan mereka ialah Rela Menanti, Bila Bunga Berguguran dan Wajah Rahsia Hati.

Tidak mahu menghampakan peminat kesayangannya, Siti meneruskan persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat antaranya Pastikan, Bisakah, Biarlah Rahsia dan Hidup Penuh Bicara nyata peminat Siti puas hati dan terhibur!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.