saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/07/2006

Anak Halal papar gejala sosial masyarakat


OSMAN ALI (memegang clap board) dan sebahagian pelakon yang membintangi filem Anak Halal bersama (empat dari kiri) Anuar Mussaddad dan (tiga dari kanan) Gayatri Su-Lin Pillai pada majlis pelancaran filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.



ANAK Halal merupakan judul filem terbaru arahan pengarah muda Osman Ali yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB). Dibarisi bintang muda seperti Maya Karin, Farid Kamil, Fasha Sandha, Raja Farah, Adi Putra, Zulhuzaimi, Aqasha, Saufi Jikan dan Remmy, filem itu bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi di lokasi sekitar Kuala Lumpur seperti Sentul dan Kampung Datuk Harun.

Menceritakan tentang realiti kepincangan hidup segelintir masyarakat di ibu kota, filem ke-17 terbitan TUSB itu menelan belanja sekitar RM1.5 juta.

Melihat kepada judulnya, pasti timbul pertanyaan dan persepsi bercampur tetapi Osman mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih judul sedemikian.

“Saya memilih Anak Halal kerana anak adalah sesuatu yang suci dan mereka tidak mengerti apa-apa.

“Malangnya akibat tersalah pilih jalan, anak-anak ini telah menimbulkan gejala sosial di kalangan masyarakat.

“Namun walaupun jahat, kita tidak boleh menuduh mereka itu sampah masyarakat secara melulu. Seharusnya kita mendekati mereka untuk mengetahui mengapa mereka jadi begitu,” kata Osman ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem itu di Kuala Lumpur Khamis lalu.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif TUSB, Tengku Datuk Anuar Mussaddad dan penerbit eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Menurut Osman, Anak Halal merupakan kesinambungan filem pendek menggunakan judul yang sama yang pernah diarahkannya sewaktu menyertai Akademi Filem Malaysia pada 1996.

Atas rasa tanggungjawab sosial, Osman mengembangkan cerita dan permasalahan dalam filem berdurasi 10 minit itu kepada bentuk filem cereka.

Akui Osman, penghasilan filem ‘gelap’ seperti itu merupakan paparan yang dibuat berdasarkan pengalaman yang dilaluinya apabila mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

“Kisah hidup remaja jalanan yang penuh suka duka menjadi tonggak cerita kerana itu adalah sebahagian watak yang berada dalam fikiran saya.

“Paparan watak protagonis dan antagonis yang terpamer dalam filem Anak Halal seperti penagih dan pengedar dadah, mat rempit dan sebagainya adalah watak yang wujud dalam masyarakat kita dan saya sendiri pernah menyaksikan kehidupan itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Osman, dia tidak mampu meramalkan sama ada filem itu mampu mencapai tahap box-office apabila ditayangkan kelak memandangkan cita rasa audiens adalah sesuatu yang sangat subjektif.

“Justeru, walaupun filem ini mempunyai sudut gelapnya tetapi saya terapkan elemen yang dekat dalam hati audiens seperti persahabatan, cinta, kasih sayang dan aksi,” ujar Osman yang buat julung kalinya mempamerkan unsur aksi dalam filem arahannya.

Mengakui genre aksi bukan ‘mainannya’, kata Osman, “Ia adalah satu cabaran buat saya.”

Di Malaysia, filem genre aksi menjadi trade mark pengarah Bade Haji Azmi.

“Begitu juga dalam menampilkan watak Maya Karin sebagai seorang gadis yang lasak dan agresif memandangkan selama ini dia terkenal dengan watak pontianak,” tambah Osman yang sudah pun memulakan latihan dengan pelakon sejak awal Julai lalu.

Terkenal dengan penghasilan filem indie seperti Bukak Api dan Malaikat Di Jendela, Anak Halal yang dihasilkan skripnya dalam masa tiga minggu oleh Osman merupakan filem cereka arus perdana kedua yang dihasilkan menerusi kolaborasi dengan TUSB.

Filem pertama ialah Puaka Tebing Biru lakonan Nasha Aziz, Umie Aida dan Farihin Ahmad yang dijangka tayangannya penghujung tahun ini.

Osman turut menghasilkan sebuah lagi filem cereka dengan durasi satu jam berjudul Akuarium Cinta yang diterbitkan oleh Nuansa Film.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.