saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 21/07/2006

Senator cadang naikkan yuran UPSR, PMR

KUALA LUMPUR 20 Julai – Jika ahli Dewan Rakyat mencadangkan supaya yuran peperiksaan nasional di sekolah dikurang atau dihapuskan, lain pula dengan cadangan seorang senator di Dewan Negara hari ini.

Senator Datuk Samsiah Samsudin mencadangkan yuran peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan, dengan alasan yuran yang ditetapkan kerajaan sekarang dianggap terlalu rendah.

Ketika membuat cadangan tersebut, Samsiah berhujah, pada hari ini berlaku peningkatan harga kertas dan perkara itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi.

‘‘Sebagai contoh seseorang pelajar itu mengambil lima subjek untuk ujian UPSR, sedangkan dia belajar sejak darjah satu hingga darjah enam. Enam tahun duduk di bangku sekolah dan yuran yang kenakan hanya RM5. Oleh demikian kita minta naik kepada RM10.

‘‘Begitu juga dengan PMR, yuran peperiksaan yang dikenakan adalah RM20 sahaja. Oleh demikian saya mencadangkan supaya yuran peperiksaan UPSR dan PMR dinaikkan untuk mengurangkan beban kerajaan,’’ katanya.

Samsiah berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2006 di Dewan Negara, hari ini.

Pada 27 Jun lalu, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan yuran tiga peperiksaan nasional iaitu PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Ketika ini yuran SPM adalah RM126 hingga RM141 manakala yuran STPM adalah RM205 hingga RM220.

Bagaimanapun cadangan Samsiah itu tidak dipersetujui oleh Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohamed yang berpendapat kenaikan yuran UPSR dan PMR hanya akan membebankan pelajar yang terdiri daripada keluarga miskin.

‘‘Adakah cadangan ini sesuai untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin,’’ soal beliau.

Bagi menjawab soalan Sharipah Aminah itu, Samsiah berkata, pelajar yang berasal daripada keluarga miskin boleh meminta bantuan daripada pihak sekolah untuk menanggung sebahagian daripada yuran peperiksaan itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim berkata, kerajaan tidak bercadang menaikkan yuran UPSR, PMR atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

‘‘Walaupun kerajaan terpaksa memberi subsidi kepada pelajar yang mengambil peperiksaan tetapi kerajaan melihatnya (subsidi) sebagai bantuan kepada pelajar untuk memudahkan mereka menduduki kedua-dua peperiksaan itu,’’ katanya.

Menurut Choon Kim, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi setiap pelajar untuk UPSR adalah RM20 manakala bagi PMR adalah RM20.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.